awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Pemuda UMNO ganda strategi kempen dalam talian

Bernama
Bernama
26/10/2021
10:47 MYT
PRN Melaka: Pemuda UMNO ganda strategi kempen dalam talian
Asyraf berkata keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta jentera terus diberi keutamaan bagi pelaksanaan kempen PRN Melaka meskipun populasi dewasa negara kini sudah 95 peratus lengkap divaksin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO akan menggandakan strategi kempen menerusi dalam talian susulan larangan aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ketuanya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pandemik COVID-19 adalah satu hikmah di sebalik ujian dalam mengaplikasikan sosial media sebagai saluran baharu untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Melihat pada PRN Melaka ini, ia merupakan satu medan bagaimana kita hendak mempelbagaikan mekanisme kempen menggunakan saluran media yang ada secara terbuka mahupun aplikasi yang bersifat tertutup.
"Jadi ini antara perkara yang kita sudah wujudkan, pasukan khas untuk kempen pilihan raya dan model mekanisme ini kita akan gunakan pada PRU ke-15 yang akan datang," katanya pada sidang media di Menara Dato Onn di sini hari ini.
Asyraf berkata keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta jentera terus diberi keutamaan bagi pelaksanaan kempen PRN Melaka meskipun populasi dewasa negara kini sudah 95 peratus lengkap divaksin.
Menurut beliau meskipun pelaksanaan kempen dalam talian mempunyai kekurangan berbanding kempen bersemuka bersama akar umbi namun keselamatan serta kesihatan rakyat perlu sentiasa dititikberatkan.
Mengenai kerjasama Muafakat Nasional bersama PAS, beliau berkata keputusan daripada Majlis Tertinggi UMNO masih dinantikan meskipun perbincangan bersama PAS telah dilaksana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#kempen dalam talian
#larangan KKM
#PRN Melaka
#pilihan raya negeri
#Melaka Memilih
#Asyraf Wajdi Dusuki
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan