Skip to main content

Politik

PRN Melaka: PH kenal pasti calon sejak dua tahun lalu, kita yakin menang - Amirudin

Amirudin turut menaruh harapan tinggi apabila yakin gabungan berkenaan mampu mencapai kemenangan, namun keputusan akhir terletak kepada pengundi. - Gambar fail/Bernama
Amirudin turut menaruh harapan tinggi apabila yakin gabungan berkenaan mampu mencapai kemenangan, namun keputusan akhir terletak kepada pengundi. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Calon Pakatan Harapan untuk PRN Melaka ke-16 telah dikenal pasti sejak dua tahun lalu dan akan diumumkan secara rasmi pada 24 Oktober.
  • Senarai calon melibatkan pelbagai latar belakang termasuk golongan muda, berpengalaman, dan profesional, menurut Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari.
  • PRN Melaka ke-16 akan diadakan pada 14 November, dengan penamaan calon pada 31 Oktober dan pengundian awal pada 10 November.

KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sudah dikenal pasti sejak dua tahun lalu.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, senarai calon akan dimuktamadkan bersama pimpinan utama parti sebelum pengumuman rasmi gabungan itu pada 24 Oktober ini.

“Kita akan muktamadkan… sebab 24 Oktober ini saya akan umumkan secara rasmi jadi sebelum 24 Oktober ini saya akan senaraikan dan putuskan dengan Presiden dan kepimpinan utama.

“Sudah lama kenal pasti calon ini, sejak dua tahun lepas,” katanya.

Mengulas sama ada PH akan mengetengahkan ramai muka baharu, Amirudin berkata, calon yang dipilih meliputi pelbagai latar belakang.

“Ada yang muda, ada yang tua, ada yang berkerjaya, ada yang berpengalaman. Tapi semestinya 18 tahun ke atas, layak mengundi,” katanya selepas hadir ke Majlis Pelancaran Inovasi Semikonduktor Generasi Baharu Malaysia: Enam Cip Hasil Inovasi Tempatan sempena Sidang Kemuncak AI dan Semikonduktor Selangor 2026, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut menaruh harapan tinggi apabila yakin gabungan berkenaan mampu mencapai kemenangan, namun keputusan akhir terletak kepada pengundi.

“Insya-Allah, kita yakin menang,” katanya.

PRN Melaka ke-16 ditetapkan berlangsung pada 14 November ini, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 dibubarkan pada 23 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 10 November.

Must Watch Video

Advertisement