awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Saya bawa semangat abah hari ini - Mas Ermieyati

Fareez Azman
Fareez Azman
20/11/2021
01:52 MYT
PRN Melaka: Saya bawa semangat abah hari ini - Mas Ermieyati
Mas Ermieyati semasa mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Melaka di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar dekat Masjid Tanah, hari ini. --fotoBERNAMA
MASJID TANAH: Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsuddin tidak dapat menahan sebak pagi ini mengenang peristiwa dan cabaran yang dihadapinya sepanjang tiga tahun lalu.
Bercakap kepada pemberita selepas membuang undi di SK Ramuan China Besar, beliau berkata, semangat arwah ayahnya yang meninggal dunia Ogos lalu dibawa hari ini.
Hari ini merupakan hari pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Mas Ermieyati yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
“Saya nak belajar bersungguh-sungguh (dulu) sebab abah, nak masuk universiti pun sebab abah. Arwah abah antara anak kampung pertama yang masuk universiti.
“Jadi, aura kepimpinannya membawa kepada apa yang saya ada hari ini. Dialah idola saya," katanya.
Katanya, beliau sempat menziarahi kubur bapanya sebelum keluar mengundi terdahulu pagi ini.
"Kalau dia masih ada hari ini, saya rasa dia bangga dengan saya,” tambahnya sambil mengesat airmata.
Mas Ermieyati yang baru-baru ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka berkata, terlalu banyak cabaran dihadapinya, namun beliau tetap tabah mengharungi semuanya.
“Terlalu banyak berlaku dalam tempoh tiga tahun ini. Bukan sesuatu yang mudah bagi saya.
“Tetapi Insya-Allah itulah semangat yang saya bawa. Emak saya pun ada bersama pagi ini, mendoakan saya, bersama sama suami dan anak anak saya,” jelasnya lagi.
Pada PRN Melaka kali ini, Mas Ermieyati bersaing dengan seteru politiknya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati
#PRN Melaka
#semangat arwah ayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan