awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: UiTM tidak halang mahasiswa jadi calon - Naib Canselor

Bernama
Bernama
10/11/2021
13:13 MYT
PRN Melaka: UiTM tidak halang mahasiswa jadi calon - Naib Canselor
Profesor Roziah Mohd Janor berkata semakan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati Akta 173 UiTM membenarkan mahasiswa universiti itu berpolitik atau menjadi calon parti politik. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menghalang mana-mana mahasiswanya untuk menjadi calon yang bertanding dalam pilihan raya kerana ia tidak berlawanan dengan akta universiti itu.
Naib Canselor UiTM Profesor Roziah Mohd Janor berkata semakan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati Akta 173 UiTM membenarkan mahasiswa universiti itu berpolitik atau menjadi calon parti politik.
"Sebelum ini, sebagai contoh Akta 605 UiTM tidak membenarkan kakitangan UiTM untuk terlibat dalam politik tetapi sejak dua tahun lepas, akta tersebut telah diperbaiki dan dimurnikan... jadi, kita ikutlah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
BACA: PRN Melaka: Usia muda bukan penghalang berkhidmat kepada rakyat
Beliau berkata demikian ketika mengulas penglibatan mahasiswi UiTM Farzana Hayani Mohd Nasir yang menjadi calon termuda Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai.
Roziah juga berkata Farzana Hayani merupakan mahasiswi pertama dari UiTM yang terlibat sebagai calon dalam pilihan raya.
Ketua Srikandi Keadilan Melaka berusia 21 tahun itu merupakan antara calon wanita muda yang dipertaruh oleh Pakatan Harapan pada PRN Melaka.
Farzana Hayani merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam serta lulusan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media dari universiti sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Farzana Hayani
#UiTM
#Naib Canselor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan