Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Hanifah, pencabar DUN Labu tiba di Pusat Penamaan Calon Rasah

Mohamad Hanifah Abu Baker, DUN Labu, calon Bersatu -- AWANI
Mohamad Hanifah (tengah) ketika tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban, Jalan Yam Tuan, Seremban, pagi ini. - Foto Astro AWANI
Advertisement

SEREMBAN: Calon Bersatu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu di bawah Parlimen Rasah tiba di pusat penamaan calon Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban, Jalan Yam Tuan, di sini, pagi ini.

Mohamad Hanifah Abu Baker yang juga penyandang kerusi DUN Labu dilihat mengenakan pakaian baju Melayu merah pekat, lengkap bersamping, hadir ke pusat penamaan calon sekitar jam 8.50 pagi.

Manakala di luar dewan, jentera Bersatu yang diketuai Naib Presiden Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memberikan sokongan gemuruh, dengan sepanduk dan plakad dijulang tinggi.

Sebelum ini pada PRN tahun 2023, Mohamad Hanifah yang juga Ketua Pembangkang Negeri Sembilan bertanding atas tiket Perikatan Nasional, memperoleh majoriti 1,640 undi.

Turut kelihatan pagi ini, calon Pakatan Harapan dari PKR iaitu Datuk Ahmad Faez Abdul Razak dan calon Barisan Nasional, Siti Nur Umaira Hasim dari UMNO yang ditempatkan di kerusi DUN Labu untuk mencabar Hanifah.

DUN Labu mempunyai seramai 32,884 pengundi berdaftar berdasarkan maklumat pilihan raya umum DUN Negeri Sembilan ke-16 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang dikemas kini sehingga 31 Mei 2026.

Must Watch Video

Advertisement