awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pas Kelantan ingatkan pemimpin, penyokong elak provokasi dan pergaduhan

Bernama
Bernama
20/07/2023
12:22 MYT
PRN: Pas Kelantan ingatkan pemimpin, penyokong elak provokasi dan pergaduhan
Ahmad Yakob berkata tindakan khianat terhadap kain rentang dan bendera parti yang berlaku dilihat berunsurkan sabotaj serta mahu melaga-lagakan parti. - Gambar fail/Bernama
TUMPAT: Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengingatkan pemimpin dan penyokong parti itu supaya bertindak profesional, saling menghormati bagi mengelakkan perbuatan provokasi atau pergaduhan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Beliau berkata tindakan khianat terhadap kain rentang dan bendera parti yang berlaku dilihat berunsurkan sabotaj serta mahu melaga-lagakan parti.
"Seharusnya perkara seperti ini ditangani secara profesional serta penuh bertanggungjawab bagi mengelakkan ahli dan jentera parti kita terbabit dengan perkara yang lebih buruk dan hanya akan merugikan parti kita.
"Khianat adalah satu perkara yang tak betul sebab dalam kita berparti dan negara demokrasi, kena hormat antara satu sama lain dan perbuatan itu (khianat) mungkin sabotaj nak suruh kita perlaga (melaga-lagakan) sebab sesetengah orang nak bagi tengok benda itu secara bertentangan. Jadi kita masuk (bertanding) secara profesionallah, penuh tanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Smart Nego Centre di Wisma Purnama di sini hari ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun hari ini berkata pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian khianat terhadap kain rentang dan bendera parti sejak Sabtu lepas di Tumpat dan Kuala Krai serta mengesan empat lagi insiden serupa di sekitar Kota Bharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#kain rentang
#perbuatan provokasi
#bendera parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan