awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pembahagian kerusi PH N.Sembilan di peringkat akhir - Aminuddin

Bernama
Bernama
10/05/2023
10:13 MYT
PRN: Pembahagian kerusi PH N.Sembilan di peringkat akhir - Aminuddin
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hasil perbincangan akan diserahkan kepada Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Perbincangan mengenai agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan kini di peringkat akhir.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata hasil perbincangan akan diserahkan kepada Majlis Presiden PH untuk dimuktamadkan.
Pengerusi PH negeri dan naib presiden PKR itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini hari ini.
Ditanya mengenai agihan kerusi bersama Barisan Nasional (BN) untuk PRN negeri, Aminuddin yang juga Pengerusi PKR negeri berkata ia bergantung kepada perbincangan di peringkat pusat.
"Perbincangan itu bukan hanya di negeri ini tetapi melibatkan keseluruhan enam negeri yang akan menghadapi PRN," katanya.
Selain Negeri Sembilan, lima negeri lain yang bakal mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Mandat kerajaan Negeri Sembilan akan berakhir Jun ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH memenangi 20 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala baki dimenangi BN.
Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat masih berteka-teki sama ada kekal bertanding pada PRN kali ini atau sebaliknya.
"Saya tak tahu lagi, sama ada saya bertanding atau tidak, Insya-Allah kalau ada rezeki adalah tetapi orang cakap rezeki tidak salah alamat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#pembahagian kerusi
#ph negeri sembilan
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan