awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Pemimpin jangan jadi batu api, pecah belah perpaduan' - Mufti Pulau Pinang

Bernama
Bernama
13/06/2023
06:27 MYT
PRN: 'Pemimpin jangan jadi batu api, pecah belah perpaduan' - Mufti Pulau Pinang
Wan Salim menyarankan agar pemimpin parti politik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, supaya menjelaskan perkara itu kepada pengikut masing-masing. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan umat Islam agar tidak bersikap ekstrem dan terlalu taksub dalam berpolitik sehingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan.
"Banyak ayat al-Quran dan hadis yang mewajibkan hubungan silaturahim antara adik-beradik dan kaum kerabat serta mengharamkan perbuatan memutuskan hubungan ini kerana ia merupakan dosa besar sehingga ada hadis yang menegaskan bahawa seseorang yang berbuat demikian tidak akan masuk syurga,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut menyarankan agar pemimpin parti politik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, supaya menjelaskan perkara itu kepada pengikut masing-masing.
''Janganlah mereka menjadi batu api yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam,'' katanya.
Wan Salim berkata semua pihak mesti berusaha untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam, malah antara sesama warga Malaysia pelbagai kaum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#hubungan kekeluargaan
#Mufti Pulau Pinang
#taksub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan