awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pemuda UMNO komited berjuang bersama pemuda dalam Kerajaan Perpaduan

Bernama
Bernama
15/07/2023
04:28 MYT
PRN: Pemuda UMNO komited berjuang bersama pemuda dalam Kerajaan Perpaduan
Muhamad Akmal berkata gerak kerja untuk menghadapi PRN itu juga telah siap dan beliau akan memastikan jentera Pemuda UMNO bekerja kuat untuk memenangkan calon-calon parti dalam Kerajaan Perpaduan. -Gambar fail/Bernama
BUKIT MERTAJAM: Pemuda UMNO bersedia dan komited untuk berjuang bersama-sama dengan pergerakan pemuda parti dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, termasuk di kerusi yang tidak ditandingi parti itu.
Ketua Pemuda UMNO Muhamad Akmal Saleh berkata gerak kerja untuk menghadapi PRN itu juga telah siap dan beliau akan memastikan jentera Pemuda UMNO bekerja kuat untuk memenangkan calon-calon parti dalam Kerajaan Perpaduan.
"Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 baru berlangsung beberapa bulan lepas, sudah tentu gerak kerjanya kali ini lebih kurang sama, cuma ada beberapa portfolio yang kita mahu fokuskan.
"Kita juga akan gerak kerja bersama dengan Pemuda Kerajaan Perpaduan yang lain," katanya kepada wartawan selepas berucap pada Pentas Anak Muda Madani Pulau Pinang di sini semalam.
Turut hadir Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia Adam Adli Abd Halim dan Timbalan Ketua AMK Malaysia Kamil Munim.
Berhubung program berkenaan, Dr Muhamad Akmal berkata ia merupakan kali pertama bagi Pemuda daripada blok Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berkongsi pentas yang sama, sekali gus menunjukkan semangat perpaduan dan komitmen kedua-dua blok untuk berjuang bersama.
Dr Muhamad Akmal berkata walaupun masih terasa "kekok" berkongsi pentas dengan Pemuda PH, beliau berharap langkah pertama itu akan memberikan manfaat kepada rakyat dan parti politik.
"Hari ini sejarah tercipta bagi Pemuda BN dan PH kerana di sini merupakan pentas pertama yang dikongsikan di peringkat nasional dan setakat ini, kami melihat sokongan daripada akar umbi memberangsangkan ... kami jangka semangat ini akan dibawa sehingga hari pengundian pada 12 Ogos," katanya.
Dr Muhamad Akmal berkata jentera Pemuda UMNO akan bekerja keras untuk memenangkan siapa pun calon yang bertanding atas tiket parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Muhamad Akmal Saleh
#pergerakan pemuda parti
#Pemuda UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan