awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pencapaian terbaik PN di enam negeri - Sanusi

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2023
06:09 MYT
PRN: Pencapaian terbaik PN di enam negeri - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, biarpun kekal mentadbir di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu namun pencapaian di tiga lagi negeri amat memberangsangkan.
ALOR SETAR: Pencapaian Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) menunjukkan prestasi yang baik.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, biarpun kekal mentadbir di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu namun pencapaian di tiga lagi negeri amat memberangsangkan.
Menurutnya, peningkatan jumlah kerusi dimenangi PN khususnya di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang memberikan isyarat rakyat semakin menolak kepimpinan Kerajaan Perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
“Keputusan PRN menyaksikan kembali kepada asal masing-masing tadbir tiga negeri, namun saya lihat ini isyarat yang cukup baik.
“Satu kerusi kalah pun apabila kita pegang kerajaan pada waktu sama kita ada kerajaan Persekutuan dan kita guna semua agensi Persekutuan untuk menekan kerajaan negeri supaya mereka boleh rampas, namun apabila berlaku satu kekalahan di satu kerusi, mereka sebenarnya sudah tewas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas PN diumumkan menang dalam PRN Kedah di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut di sini pada Ahad.
Muhammad Sanusi menyifatkan kekalahan lebih banyak kerusi yang sebelum ini disandang PH-BN membuktikan penolakan rakyat terhadap gabungan itu.
“Ini sebenarnya, rakyat telah menolak mereka. Saya harap semua rakyat di seluruh negeri pun begitu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berharap agar kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus memainkan peranan masing-masing tanpa melihat kepada perbezaan politik.
“Buatlah kerja masing-masing. Kalau mereka rasa serangan berlebihan itu tidak memalukan muka, datanglah jumpa, saya tak ada masalah.
"Saya layan mereka macam biasa, mereka boleh datang bila-bila masa bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab mereka di peringkat Persekutuan,” katanya.
PRN Kedah menyaksikan PN hampir menyapu bersih 33 daripada 36 kerusi DUN yang ditandingi.
Sementara di Terengganu, sejarah tercipta apabila buat kali pertama, DUN Terengganu tidak mempunyai pembangkang selepas PN menyapu bersih 32 kerusi di negeri itu.
Di Kelantan, Pas menang di 43 kerusi DUN manakala dua kerusi lagi dimenangi BN dan PH, iaitu DUN Galas dan Kota Lama.
PN turut menambah kerusi di Selangor apabila menang 22 DUN berbanding hanya lima disandang PN sebelum ini. Di Pulau Pinang, PN memenangi 11 kerusi di kawasan majoriti Melayu sementara Negeri Sembilan menang lima kerusi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#prestasi PN
#Muhammad Sanusi Md Nor
#cemerlang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan