SEREMBAN: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Mohamad Rafie Ab Malek mendakwa pengundi di kawasan itu mengetahui keputusannya bertanding atas tiket Bebas disebabkan dianiaya oleh individu tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah penyandang DUN itu berkata, kebanyakan pengundi turut meluahkan rasa simpati atas apa yang berlaku dan pada masa sama masih mengharapkan khidmatnya.
"Semua pengundi yang saya jumpa, tiada seorang pun yang serang dan keluarkan kata-kata tak baik kepada saya disebabkan bertanding Bebas.
"Malah mereka katakan faham dengan keputusan saya itu kerana tahu saya telah dianiaya," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Seremban 2 pada Khamis.
Disebabkan itu katanya, beliau yakin pengundi Ampangan akan terus memberi dukungan kepadanya untuk terus berkhidmat di situ meskipun sebagai wakil rakyat Bebas.
Tambah beliau, prestasinya selama sepenggal sebagai ADUN di kawasan itu juga telah dibuktikan dengan pembangunan dilakukan yang jauh lebih baik berbanding di tempat lain.
"Malah saya tidak berdepan dengan apa-apa isu integriti. Jadi jangan mempersendakan kebijaksanaan rakyat.
"Saya mohon pengundi Ampangan jangan nilai berdasarkan logo parti, tetapi nilai calon atau individu yang bertanding," katanya.
Tambah Mohamad Rafie, beliau juga yakin mampu membawa masa depan Ampangan kepada lebih baik berdasarkan kepada pengalaman dan pendidikan yang ada selain telah dibuktikan sepanjang berkhidmat di situ.
Dalam pada itu beliau menafikan telah berpatah arang dengan PKR yang telah diasaskannya bersama beberapa pemimpin lain ketika Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam penjara.
"Saya merupakan pengasas parti ini dan berperanan sebagai pemain utama untuk membentuknya. Jadi jangan perkecilkan saya.
"Kebanyakan parti yang ada sekarang dilihat seolah-olah parti milik individu yang berkuasa bukannya milik semua. Jadi kita kena ubah perkara ini, " katanya.
Sebelum ini media melaporkan, Mohamad Rafie mendakwa namanya digugurkan atas arahan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Malah beliau mendakwa tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Negeri Sembilan berikutan ada individu tergugat dengan kehadirannya dalam kerajaan negeri.
DUN Ampangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad Rafie dengan calon Pakatan Harapan (PH), Tengku Zamrah Tengku Sulaiman dan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Ghazali Zainal Abidin. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023
Mohamad Rafie berkata, kebanyakan pengundi turut meluahkan rasa simpati atas apa yang berlaku dan pada masa sama masih mengharapkan khidmatnya. - Gambar fail
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan
SPRM mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
PRN17: Pendirian UMNO Sabah ketengahkan calon
Temu bual bersama Pensyarah Kanan, Pembangunan Manusia dan Politik Identiti UMS, Prof Madya Dr Romzi Ationg mengenai pendirian UMNO Sabah dalam mengetengahkan calon pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.
Syarikat Sweden mahu jadikan Sarawak pusat pengedaran di Asia Pasifik
Syarikat perindustrian berasaskan perniagaan hutan serta pulpa dan kertas dari Sweden, Holmen AB, berhasrat menjadikan Sarawak sebagai pusat pengedaran untuk meluaskan pasaran mereka di rantau Asia Pasifik.
SUEF kumpul RM3.57 juta bantu anak Sarawak
Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (SUEF) berjaya mengumpul RM3.57 juta daripada sektor korporat bagi membantu anak sarawak daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai memindahkan penduduk
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai untuk dipindahkan bagi menempatkan lebih 130,000 penduduk yang menetap di kawasan setinggan.
Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari, kerugian RM28.6 juta
Sarawak merekodkan purata 6.7 kes penipuan sehari sejak 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Telefon bimbit anak KPD Lahad Datu masih dalam siasatan forensik
Polis masih menunggu laporan forensik berhubung isi kandungan telefon bimbit milik anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, yang maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, pada 16 April lalu.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Bunuh, tikam teman wanita 28 kali: Hukuman mati bekas pengurus diganti penjara, sebatan
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).