JELI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah menerima beberapa nama calon yang bakal menjadi Menteri Besar Kelantan, sekiranya Pakatan Harapan-Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu pada 12 Ogos ini.
Beliau berkata senarai nama calon itu telah diserahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, baru-baru ini.
"Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan berapa jumlah itu dan siapa calon itu sekarang ini, cuma kami sudah ada beberapa nama calon untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.
"Hal ini kerana kita tidak mahu mendahului titah dan perkenan Sultan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Desa Cerdas KEMAS di Plaza IMT-GT Bukit Bunga, di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Pas Kelantan menjelaskan tidak perlu memberi bayangan siapa yang akan dipilih menjadi menteri besar di negeri itu, selagi PRN belum selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Ahmad Zahid berkata senarai nama calon itu telah diserahkan oleh Ahmad Jazlan, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
PRN: PH-BN sudah ada beberapa nama calon MB Kelantan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid sudah menerima beberapa nama calon yang bakal menjadi Menteri Besar Kelantan, sekiranya PH-BN memenangi PRN) itu pada 12 Ogos ini.
UMNO Kelantan serah senarai calon PRU15 esok - Ahmad Jazlan
UMNO Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.
SPRM terima senarai nama bakal calon PRU untuk disaring
SPRM menerima senarai nama calon daripada beberapa parti politik yang bakal bertanding pada PRU14, kata Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad.