GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dan UMNO Pulau Pinang mencapai persetujuan untuk tidak bertanding sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun pembahagian kerusi belum lagi dimuktamadkan namun melalui pertemuan yang diadakan semalam, kedua-dua pihak telah sepakat untuk memastikan kemenangan besar PH dan BN pada PRN akan datang.
Selain itu, persetujuan juga dicapai untuk melihat keperluan dan kriteria lain berhubung prinsip gabungan itu yang sebelum ini memutuskan untuk penyandang kerusi parti sedia ada kekal bertanding pada PRN nanti.
"Kita mendengar pandangan masing-masing dimana bagi PH kita memang menegaskan prinsip Majlis Pimpinan Pusat, prinsip dimana incumbent kekal bertanding tetapi kedua pihak setuju melihat kriteria lain daripada prinsip sedia ada apabila perlu melihat kerusi berkenaan selain dari prinsip yang diputuskan itu," katanya.
Kon Yeow berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Komtar, Pulau Pinang pada Selasa ketika diminta mengulas mengenai pertemuan dengan UMNO negeri bagi membincangkan berhubung pembahagian kerusi PRN.
UMNO diwakili Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Timbalan Pengerusi, Datuk Shaik Hussein Mydin; Setiausaha, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, Bendahari, Datuk Jeffri Salim, Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Omar Faudzar dan Pengerusi Jabatan Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Manakala PH pula diwakili Kon Yeow selaku Pengerusi PH negeri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mewakili Nurul Izzah Anwar, Timbalan Pengerusi 2, Datuk Roslan Ahmad, Setiausaha, Lim Hui Ying, Bendahari, Goh Choon Aik dan Pengarah Komunikasi dan Penerangan, Zaidi Zakaria.
Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, pertemuan yang diwakili enam wakil daripada PH dan enam wakil UMNO negeri itu disifatkan sebagai pertemuan bersejarah dan berlangsung dalam suasana aman, selesa dan semangat yang baik.
Kon Yeow berkata, perbincangan seterusnya akan diadakan dari semasa ke semasa sehingga isu pembahagian kerusi diantara kedua- dua parti dimuktamadkan.
"Kedua-dua pihak setuju tentang prinsip ini dan akan adakan perbincangan pusingan seterusnya setelah apa yang dipersetujui untuk bersama parti masing-masing.
"Kita sifatkan ini kejayaan tetapi kita belum muktamadkan pembahagian kerusi kita setuju dengan prinsip melihat sejauh mana permintaan masing- masing, akhirnya capai persetujuan," katanya lagi.
Jelasnya, perbincangan bersama UMNO semalam lebih menjurus kepada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merupakan kerusi majoriti Melayu di negeri itu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh kelak.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada PRU14, PH memenangi 37 kerusi, termasuk kerusi-kerusi DUN daripada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ketika itu masih menjadi sebahagian daripada PH.
BN pula hanya menang dua kerusi DUN iaitu Sungai Dua dan Permatang Berangan manakala Pas mempunyai satu kerusi iaitu Penaga.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue May 02 2023
Menurut Kon Yeow, persetujuan juga dicapai untuk melihat keperluan dan kriteria lain berhubung prinsip gabungan itu yang sebelum ini memutuskan untuk penyandang kerusi parti sedia ada kekal bertanding pada PRN nanti. - Fail/BERNAMA
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Industri Padi: Strategi pengurusan perakaunan dalam kalangan pesawah
Bagaimana setiap pesawah padi boleh mengurus kewangan mereka dengan strategik di sebalik pelbagai cabaran? Kupasan bersama Koordinator (YSBC - Yunus Social Business Centre) UPM, Profesor Madya Dr Hasri Mustafa.
Hari Belia: Ramai dapat kerja tapi berkemahiran rendah?
Kadar pengangguran Malaysia menurun kepada 3.3 peratus namun masih ramai pekerja yang meraih pekerjaan berkemahiran rendah. Justeru dalam reformasi ekonomi yang diperlukan, apakah langkah sesuai untuk meningkatkan ruang kerja lebih mahir untuk rakyat Malaysia?
PRK KKB: PH kekal di KKB, rakyat tolak politik perkauman - Nazri
Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuktikan rakyat menolak politik perkauman yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN).
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
PRK KKB: PH pertahan Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.