awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Dodgers halang ejen imigresen masuk stadium LA di tengah protes antipenguatkuasaan
DUNIA
Pakar PBB kecam serangan Israel ke atas Iran, seru penghentian segera konflik
DUNIA
Ketua Nuklear PPB beri amaran serangan Israel ke atas loji Bushehr Iran boleh cetus bencana serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PRN: PH-BN sudah ada beberapa nama calon MB Kelantan - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
07/08/2023
10:16 MYT
PRN: PH-BN sudah ada beberapa nama calon MB Kelantan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata senarai nama calon itu telah diserahkan oleh Ahmad Jazlan, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
JELI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah menerima beberapa nama calon yang bakal menjadi Menteri Besar Kelantan, sekiranya Pakatan Harapan-Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu pada 12 Ogos ini.
Beliau berkata senarai nama calon itu telah diserahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, baru-baru ini.
"Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan berapa jumlah itu dan siapa calon itu sekarang ini, cuma kami sudah ada beberapa nama calon untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.
"Hal ini kerana kita tidak mahu mendahului titah dan perkenan Sultan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Desa Cerdas KEMAS di Plaza IMT-GT Bukit Bunga, di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Pas Kelantan menjelaskan tidak perlu memberi bayangan siapa yang akan dipilih menjadi menteri besar di negeri itu, selagi PRN belum selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#senarai nama calon
#menteri besar kelantan
#PRN
#memberi bayangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami