awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PKR Kelantan sudah hantar senarai pendek calon - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
02/07/2023
10:37 MYT
PRN: PKR Kelantan sudah hantar senarai pendek calon - Nik Nazmi
PKR Kelantan sudah menghantar senarai pendek bakal calon kepada pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan dan Terengganu Nik Nazmi Nik Ahmad. - BERNAMA
MACHANG: PKR Kelantan sudah menghantar senarai pendek bakal calon kepada pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan dan Terengganu Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Senarai calon ramai memandangkan PH ada 14 kerusi di Kelantan. Setakat ini senarai pendek sudah ada dan ia akan disediakan di peringkat parti yang diketuai Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Rafizi Ramli sebelum diumumkan oleh Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya selepas melawat tapak projek pembinaan jalan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Tanah Merah, di sini hari ini.
Sementara itu, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR berkata jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh calon PKR Kelantan belum diputuskan lagi.
"Tunggu dan lihat, nanti kita umum, yang pasti saya tak akan bertanding dekat sini," kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu.
Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman berkata calon Barisan Nasional akan diletakkan di 31 kerusi manakala 14 kerusi diberikan kepada PH, yang merangkumi PKR dan Amanah.
Pada 22 Jun lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi dibubarkan secara rasmi bagi memberi laluan kepada PRN.
Kelantan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR
#senarai pendek calon
#PRN
#Nik Nazmi Nik Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan