awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PN Kelantan umum calon 27 Julai

Bernama
Bernama
16/07/2023
10:55 MYT
PRN: PN Kelantan umum calon 27 Julai
Setiausaha Perhubungan PN Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata senarai calon untuk PRN Kelantan sudah dimuktamadkan, dengan PAS bertanding di 39 kerusi manakala enam kerusi kepada Bersatu. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) Kelantan dijadual mengumumkan senarai penuh 45 calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 27 Julai ini.
Setiausaha Perhubungan PN Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata senarai calon untuk PRN Kelantan sudah dimuktamadkan, dengan Pas bertanding di 39 kerusi manakala enam kerusi kepada Bersatu.
Enam calon Bersatu itu akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas (Parlimen Ketereh), Gual Ipoh (Parlimen Tanah Merah), Paloh serta Nenggiri (Parlimen Gua Musang) dan Air Lanas (Parlimen Jeli).
Sementara satu lagi DUN belum ditentukan sama ada Kuala Balah atau Bukit Bunga bagi Parlimen Jeli, katanya pada sidang media di Bangunan Pas Kelantan, di sini hari ini.
Wan Roslan, yang juga Setiausaha Pas Kelantan berkata lokasi pengumuman akan ditentukan dalam masa terdekat, dan 50 peratus calon muka baharu yang akan diketengahkan terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya.
"Semua calon yang bertanding akan menggunakan logo Pas dengan tema Kelantan Maju Rakyat Sejahtera seperti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bagi calon wanita, kita cuba kekalkan seperti jumlah sedia ada atau lebih sedikit," katanya.
Pada PRU15, Pas mempunyai dua wakil rakyat wanita iaitu ADUN Demit Datuk Mumtaz Md Nawi dan ADUN Tanjong Mas Rohani Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PN Kelantan
#Perikatan Nasional
#PRN
#senarai calon
#Wan Roslan Wan Hamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan