awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PN Negeri Sembilan sasar menang sekurang-kurangnya 19 kerusi

Bernama
Bernama
11/12/2022
03:51 MYT
PRN: PN Negeri Sembilan sasar menang sekurang-kurangnya 19 kerusi
Eddin Syazlee berkata kemenangan di kerusi Parlimen Padang Serai kepada PN baru-baru ini memberi isyarat bahawa sasaran kerusi itu tidak mustahil untuk dicapai. - Fail/Astro AWANI
SEREMBAN: Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyasarkan memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sekali gus membolehkan PN membentuk kerajaan negeri.
Pengerusinya Datuk Eddin Syazlee Shith berkata meskipun bukan perkara mudah, dengan usaha barisan kepimpinan yang komited selain kemenangan di kerusi Parlimen Padang Serai kepada PN baru-baru ini memberi isyarat bahawa perkara itu tidak mustahil untuk dicapai.
"Kita sasar lebih kurang dua hingga tiga kerusi di setiap Parlimen di negeri ini, ia bukan tanggungjawab mudah tapi dalam tempoh yang ada ini kita gunakan sebaik mungkin untuk perbetulkan keadaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
"Insya-Allah, banyak kita belajar daripada PRU15, saya harap kita kekalkan momentum supaya PRN kali ini kita lebih bersedia berdepan parti lawan selain tumpuan kepada pengundi muda yang beri sokongan kepada PN," katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Apresiasi Jentera PN di sini malam tadi.
Beliau berkata peluang PN untuk mendominasi Negeri Sembilan juga besar berdasarkan perkembangan terkini dalam negara serta perancangan teliti dan sistematik jentera parti.
DUN Negeri Sembilan ketika ini diwakili 20 ahli Pakatan Harapan dan 16 Barisan Nasional daripada keseluruhan 36 kerusi pada PRU14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#PRU15
#Perikatan Nasional
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan