awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: PN Selangor tidak bincang KJ jadi calon

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2023
04:17 MYT
PRN: PN Selangor tidak bincang KJ jadi calon
PN Selangor menyifatkan isu Khairy bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya khabar angin semata-mata. - Gambar fail
SHAH ALAM : Perikatan Nasional (PN) Selangor tidak pernah berbincang menyenaraikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka diadakan selewat-lewatnya tahun ini.
Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, soal Khairy bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan hanyalah khabar angin semata-mata.
"Ini semua kemungkinan dan tidak ada pengesahan pun Khairy bertanding dalam PRN Selangor.
"Malah, di peringkat (PN) negeri, kita tidak pernah bincang sama ada KJ (Khairy) sertai Pas atau Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Bagaimanapun, ujar Roslan Shahir, PN sentiasa bersedia jika mana-mana bekas pemimpin UMNO untuk bersama-sama membantu menewaskan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.
Ditanya sekiranya Khairy ada menyatakan hasrat menyertai Pas, Roslan Shahir berkata, bekas Menteri Kesihatan itu perlu mengemukakan sebarang permohonan kepada Pas Pusat.
"Sekiranya ada arahan (daripada Pas Pusat) kita terima. Setakat ini tiada (sebarang permohonan sertai Pas)," ujar beliau.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Khairy bakal bertanding di salah satu kerusi DUN di bawah Parlimen Sungai Buloh, sekiranya beliau menerima tawaran Bersatu untuk menyertai parti itu sebelum PRN akan datang.
Seorang pemimpin kanan Pas Selangor berkata, nama Khairy, walaupun tidak tersenarai dalam senarai Pas untuk pilihan raya negeri, mungkin termasuk di bawah Bersatu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Khairy Jamaluddin
#KJ
#calon PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan