awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN P.Pinang: Calon PH DUN Machang Bubok pengsan kerana keletihan

Bernama
Bernama
06/08/2023
06:12 MYT
PRN P.Pinang: Calon PH DUN Machang Bubok pengsan kerana keletihan
Lee, 45, rebah sebaik tiba di pusat khidmatnya selepas pulang daripada berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kawasan Machang Bubok kira-kira 11 pagi tadi. -Gambar fail/Bernama
BUKIT MERTAJAM: Calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubok Lee Khai Loon dilaporkan pengsan di pusat khidmatnya, di sini, hari ini.
Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata Lee, 45, rebah sebaik tiba di pusat khidmatnya selepas pulang daripada berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kawasan Machang Bubok kira-kira 11 pagi tadi.
"Khai Loon mungkin keletihan akibat cuaca panas pagi ini, namun beliau telah sedar seketika tadi dan dalam keadaan stabil sekarang.
"Tiada apa-apa (penyakit) yang serius dengan Khai Loon ... beliau tidak dihantar ke hospital dan berehat di rumahnya hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhammad Bakhtiar yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata semua program dan kempen Lee hari ini dibatalkan, namun jentera parti akan meneruskan kempen yang telah dirancang termasuk menemui pengundi-pengundi di kawasan itu.
"Beliau memang seorang yang kuat bekerja dan saya difahamkan sejak memulakan kempen pada 29 Julai lepas, beliau turun padang untuk bertemu sebanyak mungkin pengundi di kawasan Machang Bubok," katanya.
Lee merupakan penyandang DUN Machang Bubok dan kawasan itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara beliau dengan calon daripada Perikatan Nasional (PN) Tan Hum Wei.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Pulau Pinang
#DUN Machang Bubok
#Lee Khai Loon
#calon pengsan akibat kepenatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan