awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Rafie bakal bertanding sebagai calon Bebas di Ampangan?

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
28/07/2023
16:11 MYT
PRN: Rafie bakal bertanding sebagai calon Bebas di Ampangan?
Menurut Mohamad Rafie, berdasarkan rekod cemerlang ketika menjadi ADUN dan juga Exco Negeri, beliau hairan namanya digugurkan dan mendakwa keputusan itu bersandarkan politik semata-mata. - Gambar fail
SEREMBAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Mohamad Rafie Ab Malek menyatakan beliau akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi tersebut esok.
Menerusi mesej pesanan ringkas WhatsApp kepada Astro AWANI pada Jumaat malam, Mohamad Rafie menyatakan beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) pada Sabtu.
"Salam. Untuk makluman awal. Saya akan bertanding sebagai Calon Bebas untuk N14 Ampangan.
"Esok (Sabtu) saya akan ke Pusat Penamaan Calon di KOMBES, Seremban," katanya menerusi pesanan ringkas tersebut.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Exco Negeri itu mengakui terkejut apabila tidak tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Menurutnya, berdasarkan rekod cemerlang ketika menjadi ADUN dan juga Exco Negeri, beliau hairan namanya digugurkan dan mendakwa keputusan itu bersandarkan politik semata-mata.
Dakwanya, ketegasannya bersuara isu rasuah, salah guna kuasa dan nepotisme mungkin menyebabkan ada menganggapnya sebagai ‘ancaman’ kepada kerajaan negeri.
Mohamad Rafie Ab Malek merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan untuk Kerajaan Negeri Sembilan pada penggal lepas.
Bagaimanapun pada PRN kali ini, nama beliau digugurkan selepas satu penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Selain itu, dua lagi bekas ADUN PKR turut digugurkan iaitu penyandang DUN Sri Tanjung, Datuk M Ravi yang merupakan Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan dan penyandang DUN Chuah, Datuk Michael Yek Diew Ching.
Topic Berkaitan
#Mohamad Rafie Ab Malek
#PRN
#Ampangan
#politik
#calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan