awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Rafizi hantar surat jemputan debat kepada Mohd Syahir

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2023
10:51 MYT
PRN: Rafizi hantar surat jemputan debat kepada Mohd Syahir
Tarikh debat itu juga harus dipersetujui oleh kedua-dua pihak serta disiarkan secara langsung di media arus perdana. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli telah menghantar surat pelawaan kepada Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.
Dalam satu surat yang dikirimkan ke Pusat Khidmat Pejabat Ahli Parlimen Bachok pada Ahad, Rafizi mempelawa Syahir untuk berdebat pada 9 Ogos atau pada tarikh lain sebelum hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu 12 Ogos.
Dalam pada itu, tarikh debat itu juga harus dipersetujui oleh kedua-dua pihak serta disiarkan secara langsung di media arus perdana.
Terdahulu, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok memaklumkan masih menunggu surat pelawaan daripada Rafizi untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.
Sebelum ini, pelawaan Rafizi yang juga Menteri Ekonomi untuk cabaran berdebat ditolak bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Susulan itu, Rafizi berkata, beliau akan menulis secara rasmi kepada Mohd Syahir dan menunggu untuk mendapatkan maklum balas daripadanya.
Sementara itu, Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail menyatakan komitmen membuka platform di saluran Astro AWANI untuk menganjurkan 'Debat Ekonomi Malaysia' antara Rafizi dan Mohd Syahir.
Sebelum ini, Ashwad telah mengemukakan surat jemputan menganjur dan menerbitkan 'Debat Ekonomi Malaysia'di antara Rafizi dan Azmin Ali
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#PRN
#cabaran debat
#Mohd Syahir Che Sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan