SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yakin Pakatan Harapan (PH) dapat mempertahankan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Jelas Rafizi, di Selangor, beliau menjangkakan 45 hingga 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu dikuasai gabungan parti itu.
"Saya yakin Keadilan dan PH akan mempertahankan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, di Selangor kita (parti) biasa dengan super-majority.
"Jadi kalau tak dapat super-majority itu dianggap sebagai kekalahan, sebenarnya itu tidak betul.
"Insyallah melihat kepada data awal sebelum kita dapat data rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berdasarkan data awal itu kita sepatutnya boleh mempertahankan 40 kerusi, jadi dari segi margin mempertahankan Selangor itu agak besar dan selesa," katanya.
Mengulas mengenai kerjasama diantara PH dan Barisan Nasional (BN) menjelang PRN, jelas Rafizi yang merupakan Menteri Ekonomi, ia bergantung kepada keputusan kaji selidik serta kebolehpindahan undi.
"Setakat ini, kalau kita tengok beberapa kaji selidik berasingan setakat ini menunjukkan bahawa pengundi PH menerima dengan baik gabungan ini.
"Jadi secara hipotesis untuk PH kekalkan 40 kerusi itu agak mudah, kerana tanda-tandanya paling kuat menyokong Kerajaan Perpaduan ini adalah penyokong PH, terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar yang faham, tentang keperluannya, dasar nak dibuatnya," ujarnya lagi.
Bagaimanapun jelasnya, ia bergantung kepada perkembangan dalaman parti UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 (PAU2022) yang sedang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara, ketika ini.
"Dari segi itu, PH sudah pun menang 40 kerusi di Selangor, risiko kita belum tahu ketidaktentuan itu lebih kepada berapa banyak undi UMNO nak dipindah kepada PH. Tidak begitu banyak, sama ada pengundi PH atau PH plus BN," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Konvensyen Pilihan Raya PKR Selangor di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC)di sini, pada Sabtu.
Fareez Azman
Sat Jan 14 2023

Mengulas mengenai kerjasama diantara PH dan Barisan Nasional menjelang PRN, jelas Rafizi yang merupakan Menteri Ekonomi, ia bergantung kepada keputusan kaji selidik serta kebolehpindahan undi. - Gambar fail

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

10 Berita Pilihan - (26 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.
![[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf [EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679630130_ZainabRafizi.jpg)
[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf
Buat pertama kali, Zainab Mohd Salleh yang namanya disebut Rafizi dalam siasatan projek LCS semasa kempen PRU15 bertemu wartawan.

Kerajaan kekal berbelanja secara berhemah, kawal hutang negara - Rafizi
Rafizi Ramli bertegas, perbelanjaan dibuat bukan untuk meraih populariti atau bertujuan mendapat sokongan rakyat semata-mata.

Projek perintis INTAN bakal manfaatkan 240 peserta - Rafizi
IPR menyasarkan 100,000 penerima pada tahun ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 30 peratus daripada pemohon mahu terlibat dalam komponen pertanian.

Pengeluaran KWSP: Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis - Rafizi
Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Mesin layan diri IPR diperluas di universiti, hospital - Rafizi
Mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan diperluas di beberapa universiti, hospital serta pejabat swasta, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Keberkesanan Teraju diteliti semula - Rafizi
Teraju dan agenda bumiputera sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan sebanyak RM135 juta diperuntukkan untuk organisasi ini bagi 2023.

Industri tebu akan dibangunkan semula - Rafizi
Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012.

Dedah salah laku kerajaan demi kepentingan awam, bukan politik - Rafizi
"Apabila saya memutuskan untuk mendedahkan apa-apa skandal kepada umum, ia biasanya dibuat dengan niat untuk menjimatkan dana awam."

'Ada fail pemimpin Kerajaan cuma retorik Hamzah' - Rafizi
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menganggap dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mempunyai fail pemimpin Kerajaan adalah retorik semata-mata.

1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi
Sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.