PRN: Rina Harun tersungkur lagi, tewas di DUN Batu Tiga

Hasimi Muhamad
Ogos 12, 2023 16:24 MYT
Rina terpaksa akur selepas memperoleh 25,682 undi, sekali gus kalah kepada calon PH, Danial Al-Rashid yang memperoleh 29,064 undi. - Gambar fail/FB PN
SHAH ALAM: Usaha Datuk Seri Rina Harun untuk kembali bergelar wakil rakyat tidak kesampaian selepas beliau tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu terpaksa akur selepas memperoleh 25,682 undi, sekali gus kalah kepada calon Pakatan Harapan (PH), Danial Al-Rashid yang memperoleh 29,064 undi.
Danial menang dengan majoriti 3,382 undi.
Sementara seorang lagi calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen memperoleh 1,908 undi.
Rina yang juga Ketua Srikandi Bersatu itu sebelum ini tersungkur di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
#PRN Selangor #DUN Batu Tiga #parlimen Sepang #muda