PRN Sabah: 32 peratus pengundi keluar mengundi setakat 11 pagi

Assim Hassan
September 26, 2020 04:24 MYT
Bot-bot tambang membawa pengundi dari Kota Kinabalu ke Pulau Gaya ketika tinjauan hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah di SK Pulau Gaya hari ini. --fotoBERNAMA
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat pukul 11 pagi adalah 32 peratus.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mengikut data SPR, trend peratusan purata keluar mengundi adalah antara 10 ke 11 peratus setiap jam.
“Untuk satu jam pertama selepas pusat mengundi dibuka ialah 11 peratus diikuti jam kedua 22 peratus. Oleh itu, kita nampak dia purata peratusan yang keluar mengundi setiap jam ialah 10 ke 11 peratus.
"Sehubungan itu, saya menyeru para pengundi untuk keluar mengundi kerana ada lebih kurang empat jam lagi sebelum pusat mengundi ditutup," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa dan SMK Sanzac di Sembulan pada Sabtu.
UNTUK LIPUTAN KOMPREHENSIF PRN SABAH KLIK DI SINI!
BACA: LAPOR LANGSUNG: Hari Penentuan di Sabah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera, Statistik Keluar Mengundi Biasa Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-16 pada jam 11.00 pagi : Peratus Keseluruhan : 32% Sumber: Bahagian PAD, SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) September 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#peratusan keluar mengundi #PRN Sabah #Sabah Memilih #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya