POLITIK
PRN Sabah: Agihan kerusi GRS dan PH mesti praktikal - Hajiji
Hajiji berucap pada Program Tamu Suara: Aspirasi Anak Muda di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Agihan kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) perlu dibuat secara praktikal dan berdasarkan potensi kemenangan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.
Ringkasan AI
Menurut Pengerusi GRS itu, rundingan mengenai pengagihan kerusi bersama PH telah pun berlangsung, termasuk pertemuan bersama Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berharap agihan kerusi antara GRS dan PH dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.
“Memanglah gabungan itu mana-mana pun dia mahu kerusi yang banyak. Tetapi kita mesti praktikal.
“Mana-mana kawasan yang ada peluang tinggi kita untuk menang, itulah yang kita minta supaya peluang kita untuk menang pilihan rakyat tinggi,” katanya kepada media.
Beliau ditemui selepas hadir Program Tamu Suara: Aspirasi Anak Muda di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.
Ditanya sama ada praktikal itu bermaksud PH mungkin menerima jumlah kerusi lebih rendah berbanding yang diminta, Hajiji hanya menjawab ringkas, “Nanti saya jawab lah itu.”
PH dilaporkan menuntut 23 kerusi atau lebih berbanding 18 kerusi, dan 55 kerusi untuk GRS yang dipersetujui sebelum ini.
Mengenai peratusan orang muda sebagai calon dalam PRN17, Hajiji berkata perkara itu juga masih belum diputuskan.
Isnin lalu, Hajiji mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sekali gus memberi laluan kepada PRN17 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ia dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.
PRN kali ini akan menyaksikan perebutan 73 kerusi DUN.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Hajiji Noor mahu agihan kerusi GRS-PH dibuat secara praktikal, berdasarkan potensi kemenangan di kawasan tertentu menjelang PRN Sabah Ke-17.
- PH dilaporkan menuntut 23 kerusi atau lebih, berbanding 18 yang dipersetujui sebelum ini, manakala GRS dijangka bertanding di 55 kerusi daripada keseluruhan 73 kerusi DUN.
- Agihan kerusi dan calon muda masih belum dimuktamadkan, dengan Hajiji berharap rundingan bersama PH dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas pembubaran DUN Sabah.