POLITIK
PRN Sabah: BN teliti aspek perundangan hasrat Shahelmey, Andi tanding tiket GRS
Ahmad Zahid ditemui selepas hadir merasmikan Program Karnival Mooda @ Desa X PNG: Penanak Culture Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan meneliti aspek perundangan dan politik terhadap dua Ahli Parlimen gabungan itu, yang dilaporkan berhasrat bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas jika BN bersedia untuk kehilangan dua kerusi akibat tindakan tersebut.
Mereka masing-masing adalah Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dan Ahli Parlimen, Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi.
"Mereka sekarang ini memang digantung dan mengikut laporan berita mereka akan bertanding atas tiket atau payung lain. Jadi kita akan lihat dari segi aspek perundangan dan aspek politik," katanya ketika ditemui selepas hadir merasmikan Program Karnival Mooda @ Desa X PNG: Penanak Culture Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Sabtu.
Ketika ini, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, yang lebih dikenali undang-undang anti-lompat parti, menyatakan kerusi Ahli Parlimen kosong dalam satu daripada tiga situasi: jika penyandang meletak jawatan daripada parti, berhenti menjadi ahli atau menyertai parti politik lain.
Shahelmey yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, manakala Andi penyandang kerusi DUN Tanjung Batu dilapor menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket GRS pada pilihan raya, akan datang.
Kedua-dua mereka digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun sejak awal 2023 selepas didakwa menentang keputusan UMNO Sabah untuk menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri dan kerajaan GRS melalui 'Langkah Kinabalu' pada Januari 2023.
Di Malaysia, menurut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, jika seseorang Ahli Parlimen kehilangan kelayakan atau kerusinya dikosongkan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu.
Bagaimanapun, jika tempoh penggal Parlimen telah melebihi tiga tahun, maka tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi menggantikan kerusi tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November depan sebagai hari pengundian bagi PRN17, manakala penamaan calon dan undi awal masing-masing pada 15 November dan 25 November.
Ringkasan AI
- BN akan teliti aspek perundangan dan politik berhubung dua Ahli Parlimen digantung keahlian UMNO (Shahelmey Yahya dan Andi Muhammad Suryady) yang dilapor mahu bertanding atas tiket GRS pada PRN Sabah ke-17.
- Undang-undang anti-lompat parti (Perkara 49A) boleh menyebabkan kerusi Parlimen kosong jika mereka sertai parti lain, namun pilihan raya kecil hanya diwajibkan jika penggal Parlimen belum melebihi tiga tahun.
- PRN Sabah ke-17 ditetapkan 29 November dengan penamaan calon pada 15 November dan undi awal 25 November; kedua-dua Ahli Parlimen juga penyandang kerusi DUN Tanjung Keramat dan Tanjung Batu.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas jika BN bersedia untuk kehilangan dua kerusi akibat tindakan tersebut.
Mereka masing-masing adalah Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dan Ahli Parlimen, Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi.
"Mereka sekarang ini memang digantung dan mengikut laporan berita mereka akan bertanding atas tiket atau payung lain. Jadi kita akan lihat dari segi aspek perundangan dan aspek politik," katanya ketika ditemui selepas hadir merasmikan Program Karnival Mooda @ Desa X PNG: Penanak Culture Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Sabtu.
Ketika ini, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, yang lebih dikenali undang-undang anti-lompat parti, menyatakan kerusi Ahli Parlimen kosong dalam satu daripada tiga situasi: jika penyandang meletak jawatan daripada parti, berhenti menjadi ahli atau menyertai parti politik lain.
Shahelmey yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, manakala Andi penyandang kerusi DUN Tanjung Batu dilapor menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket GRS pada pilihan raya, akan datang.
Kedua-dua mereka digantung keahlian dalam UMNO selama enam tahun sejak awal 2023 selepas didakwa menentang keputusan UMNO Sabah untuk menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri dan kerajaan GRS melalui 'Langkah Kinabalu' pada Januari 2023.
Di Malaysia, menurut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, jika seseorang Ahli Parlimen kehilangan kelayakan atau kerusinya dikosongkan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan itu.
Bagaimanapun, jika tempoh penggal Parlimen telah melebihi tiga tahun, maka tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi menggantikan kerusi tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November depan sebagai hari pengundian bagi PRN17, manakala penamaan calon dan undi awal masing-masing pada 15 November dan 25 November.

#PRN Sabah
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#tiket GRS
#Shahelmey Yahya
#Andi Muhammad Suryady Bandi