POLITIK
PRN Sabah: BN terbuka kerjasama dengan parti lain kecuali GRS
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Ahmad Zahid HamidI ketika sidang media pada Majlis Peluncuran Ikondesa@Putrajaya di Souq Putrajaya Presint 1 hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) mengulangi pendirian bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, kecuali dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ringkasan AI
Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan kerjasama itu selaras dengan prinsip BN untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang berpotensi dimenangi, khususnya melalui pakatan dengan rakan-rakan politik seperti Pakatan Harapan (PH) serta pihak lain yang sehaluan.
"BN-PH 'plus' 'plus' 'plus' bermaksud kita bersedia bersama mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita bagi mengelakkan pertindihan kawasan yang mempunyai kelebihan dari segi peluang kemenangan.
"Dengan GRS, kita sudah muktamadkan (tidak bekerjasama) kerana mereka yakin mampu menang banyak, jadi mereka tidak memerlukan BN," katanya selepas Majlis Peluncuran IKONDESA di sini hari ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini bagi memberi laluan kepada PRN17.
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dilaporkan berkata BN tidak akan meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN, sebaliknya telah mengenal pasti jumlah kerusi yang difikirkan sesuai untuk ditandingi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan BN bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi PRN17.
- Kerjasama BN bersama Pakatan Harapan (PH) dan pihak lain bertujuan mengelakkan pertindihan kerusi serta meningkatkan peluang kemenangan.
- DUN Sabah akan terbubar 11 Nov ini, dengan BN tidak akan bertanding di semua 73 kerusi tetapi hanya di kawasan yang dikenal pasti sesuai.