POLITIK
PRN Sabah: Cadangan UPKO guna logo sendiri bukan tanda kurang setia - Rayner Ebi
Rayner (gambar) berkata Anwar, sebelum ini telah memberikan autonomi kepada PH Sabah untuk menentukan pendekatan dan strategi politik di peringkat negeri - Foto/ Pemuda UPKO Tuaran
KOTA KINABALU: Cadangan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 perlu dilihat secara matang dan berlandaskan semangat muafakat dalam Pakatan Harapan (PH).
Ringkasan AI
Ketua Pemuda UPKO Tuaran, Rayner Ebi, berkata cadangan penggunaan logo parti tidak wajar dilihat sebagai tanda kurang setia, sebaliknya sebagai sebahagian daripada strategi politik yang mengambil kira identiti tempatan.
Ujarnya, Pengerusi PH merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini telah memberikan autonomi kepada PH Sabah untuk menentukan pendekatan dan strategi politik di peringkat negeri.
"Dalam mesyuarat pimpinan PH Sabah pada 29 Mei 2025, Perdana Menteri sendiri menyatakan PH Sabah mempunyai empat ketua mewakili empat parti komponen, dan penyelarasan keseluruhan akan diterajui oleh Pengerusi PH Sabah, Datuk Ewon Benedick,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rayner menambah kenyataan tersebut memperlihatkan kepercayaan serta penghormatan kepimpinan pusat terhadap keunikan politik Sabah, dan UPKO berpegang kepada semangat tersebut dalam setiap pertimbangan.
Malah, PH Sabah katanya sentiasa mengamalkan prinsip perbincangan dan kesepakatan.
Beliau turut memaklumkan bahawa PKR menggunakan logo parti dalam PRN Johor pada 2022, manakala Amanah dan DAP menggunakan logo PH.
"Contoh ini menunjukkan bahawa PH sememangnya terbuka terhadap kepelbagaian strategi di bawah satu payung kerjasama. Jadi, tidak timbul isu kesetiaan dalam perkara ini,” katanya lagi.
Rayner menambah UPKO yakin kepimpinan tertinggi PH tidak melihat isu ini sebagai satu perbalahan, sebaliknya akan menanganinya dengan kebijaksanaan seperti mana kebiasaan dalam gabungan itu.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk meneliti dan memutuskan dengan cara terbaik.
"Bagi UPKO, yang paling penting ialah memastikan kesatuan dan kekuatan bersama terus diperkukuh demi rakyat.
"UPKO kekal komited untuk memperkukuh kerjasama dalam Pakatan Harapan, selaras dengan semangat saling menghormati dan tanggungjawab bersama membina masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera," jelasnya.
Pada Sabtu lalu, Ewon yang juga Presiden UPKO memaklumkan parti itu telah mengemukakan cadangan kepada Majlis Presiden PH untuk menggunakan logo sendiri pada PRN-17.
Bagaimanapun, ujarnya perkara itu masih di peringkat perbincangan dan belum ada keputusan mengenainya setakat ini.
Selain UPKO, PH turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.
Ringkasan AI
- UPKO mencadangkan penggunaan logo sendiri dalam PRN ke-17 Sabah sebagai strategi politik berasaskan identiti tempatan, selaras dengan autonomi yang diberikan oleh Pengerusi PH dan Perdana Menteri kepada PH Sabah.
- Ketua Pemuda UPKO Tuaran, Rayner Ebi, menegaskan cadangan tersebut bukan tanda kurang setia, sebaliknya mencerminkan semangat muafakat dan kepelbagaian strategi dalam PH, seperti yang diamalkan oleh PKR, Amanah dan DAP dalam PRN Johor 2022.
- UPKO menyerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk membuat keputusan terbaik, sambil menegaskan komitmen parti terhadap kerjasama dalam PH demi memperkukuh kesatuan dan membina masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera.