POLITIK
PRN Sabah: DAP intai dua kerusi pedalaman, hasrat tanding di Tanjung Aru - Loke
Loke berkata DAP berhasrat untuk bertanding di kerusi DUN Tanjung Aru sebagai sebahagian daripada perancangan strategik parti itu menjelang pilihan raya berkenaan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: DAP telah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan pedalaman yang berpotensi ditandingi calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Ringkasan AI
Setiausaha Agungnya Anthony Loke berkata DAP juga berhasrat untuk bertanding di kerusi DUN Tanjung Aru sebagai sebahagian daripada perancangan strategik parti itu menjelang pilihan raya berkenaan.
Beliau berkata hasrat itu selaras dengan sasaran parti untuk bertanding antara lapan hingga 10 kerusi pada pilihan raya negeri itu.
"Kita masih berunding dengan gabungan PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional) serta GRS (Gabungan Rakyat Sabah). Kita berharap akan dapat menambah kerusi DUN untuk ditandingi," katanya.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata kepada pemberita selepas majlis prapelancaran perkhidmatan BAS.MY di KK Sentral di sini hari ini.
Beliau berkata hasrat DAP bertanding di pedalaman bukan sebagai satu percubaan, sebaliknya bersandarkan pengalaman dan rekod memandangkan parti itu pernah bertanding di kerusi DUN Bingkor pada pilihan raya negeri sebelum ini.
"Dalam strategi pilihan raya kita mengambil sikap pragmatik dan praktikal. Kita bukan nak bertanding di banyak kerusi ataupun di kerusi-kerusi yang kita tak ada kekuatan.
"Kita hanya bertanding di mana (kerusi) kita ada akar umbi dan kita melaksanakan kerja di kawasan. Kita bukan nak bertanding untuk cukupkan nombor sahaja tetapi kita harap apabila bertanding kerusi itu kita nak menang," katanya.
Pada PRN Sabah ke-16, DAP bertanding di tujuh kerusi dan menang enam kerusi iaitu Luyang, Likas, Kapayan, Sri Tanjong, Elopura, Tanjong Papat.
Bagaimanapun, dua bekas wakil rakyatnya dari Elopura dan Sri Tanjong menyertai Parti Warisan pada 2022.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- DAP mengenal pasti sekurang-kurangnya dua kerusi DUN di kawasan pedalaman serta menyatakan hasrat bertanding di DUN Tanjung Aru, dengan sasaran keseluruhan antara lapan hingga 10 kerusi dalam PRN Sabah Ke-17.
- Parti itu sedang berunding dengan gabungan PH, BN dan GRS, dan menegaskan pendekatan pragmatik dengan hanya bertanding di kerusi yang mempunyai akar umbi dan kekuatan, bukan sekadar mencukupkan bilangan.
- Pada PRN Sabah ke-16, DAP menang enam daripada tujuh kerusi yang ditandingi, namun dua wakil rakyatnya kemudian menyertai Parti Warisan pada 2022.