awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut ditembak di hadapan kedai cuci kenderaan
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
Tiada lokasi alternatif ternakan babi selain Bukit Tagar - MB Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Empat ADUN STAR sokong GRS - Hajiji

Assim Hassan
Assim Hassan
06/10/2025
08:23 MYT
PRN Sabah: Empat ADUN STAR sokong GRS - Hajiji
Selain Ellron, tiga lagi ADUN STAR iaitu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan); Datuk Robert Tawik (Bingkor); Datuk Annuar Ayub (Liawan) dan ADUN Tulid, Flovia Ng. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR), Datuk Ellron Angin bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sahkan terus memberi sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pengesahan itu dinyatakan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor selepas Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan memutuskan untuk keluar daripada gabungan itu minggu lalu.
"Mereka telah memaklumkan kepada saya mereka menyokong GRS," katanya pada siding media khas di Menara Kinabalu pada Isnin.
Selain Ellron, tiga lagi ADUN STAR iaitu Datuk Abidin Madingkir (Paginatan); Datuk Robert Tawik (Bingkor); Datuk Annuar Ayub (Liawan) dan ADUN Tulid, Flovia Ng.
Dalam sidang media sama, Hajiji menegaskan dengan pendirian meninggalkan gabungan itu , keahlian STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam GRS terbatal secara automatik.
Beliau menegaskan, Majlis Presiden GRS telah setuju bahawa semua parti komponen gabungan itu perlu bertanding atas logo GRS.
"Bagaimanapun, ini tidak terguna pakai kepada Pakatan Harapan," katanya.
Ditanya sama ada kemungkinan GRS terutama parti komponennya Parti Bersatu Sabah (PBS) akan berdepan calon-calon daripada STAR dan SAPP, Hajiji yakin mampu menandingi mereka.
Ditanya juga sama ada GRS akan bekerjasama dengan STAR selepas PRN 17, Hajiji berkata "itu tidak timbullah".
Topic Berkaitan
#Sabah Memilih
#Ellron Angin
#Hajiji Noor
#Jeffrey Kitingan
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan