POLITIK
PRN Sabah: GRS, PH sudah selesai rundingan kerusi, nafi wujud 'isu dalaman' - Hajiji
Hajiji (empat, kiri) ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Ahad. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor menafikan wujud 'isu dalaman' antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) berkaitan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
Menurut Hajiji, rundingan antara kedua-dua gabungan telah dimuktamadkan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi.
"Jangan susah.... sebenarnya sudah (muktamadkan) tetapi kita tidak boleh umum. Bilangan kerusi pun sudah.
"Kalau pun ada (yang belum dimuktamadkan), mungkin satu atau dua kerusi sahaja. Jadi, saya anggap itu sebagai perundingan yang sudah mencapai (kata sepakat antara) kedua-dua gabungan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujud isu dalaman antara GRS dan PH memandangkan sehingga kini kedua-dua gabungan itu belum mengumumkan pembahagian kerusi.
Dalam pada itu, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah menyifatkan momentum jentera GRS di setiap bahagian ketika ini berada pada tahap yang sangat memberangsangkan menjelang PRN17.
Katanya, semangat yang ditunjukkan oleh jentera parti sepanjang majlis pelancaran jentera pilihan raya hari ini menjadi petunjuk jelas kesiapsiagaan mereka untuk menghadapi pilihan raya.
"Nampak tadi cukup bersemangat dan begitulah politik. Masing-masing mahu memastikan parti masing-masing menang.
"Insya-Allah kita yakin dengan kemampuan GRS untuk berdepan dalam pilihan raya ini, dan insya-Allah akan sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat," tambah Hajiji.
Dalam masa sama, Hajiji menyeru agar semua jentera pilihan raya gabungan itu menggandakan usaha dan bekerja keras sehingga hari pengundian, yang dijadual pada 29 November depan.
Katanya, jentera GRS di setiap cawangan, pusat daerah mengundi (PDM) dan bahagian perlu digerakkan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan calon-calon GRS.
Ditanya sama ada wujud cubaan 'membeli' ahli-ahli GRS menjelang PRN17, Hajiji bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara tersebut.
Pada PRN17, GRS dan PH menjalin kerjasama, dengan PH dilaporkan berhasrat untuk bertanding di 22 atau 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ringkasan AI
- Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor menafikan wujud isu dalaman antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) berhubung pembahagian kerusi PRN Sabah ke-17, memaklumkan rundingan telah dimuktamadkan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan.
- Hajiji menyifatkan semangat jentera GRS di setiap bahagian sangat memberangsangkan dan menyeru semua jentera menggandakan usaha menjelang hari pengundian pada 29 November ini.
- Beliau enggan mengulas dakwaan cubaan membeli ahli GRS, manakala PH dilaporkan berhasrat bertanding di 22 atau 23 kerusi DUN dalam kerjasama bersama GRS pada PRN17.