POLITIK
PRN Sabah: Hajiji sindir pihak janji selesai masalah air dalam setahun
Hajiji ketika berucap pada Program Tamu Suara 360: Aspirasi Anak Muda di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Noor secara sinis menempelak pihak tertentu yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah air di negeri ini dalam tempoh setahun, sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kerajaan Negeri.
Ringkasan AI
Ketua Menteri Sabah itu berkata masalah air di Sabah adalah warisan daripada kerajaan terdahulu.
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu juga menegaskan, ketika pentadbiran sebelum ini memegang kuasa, tindakan mereka membatalkan perjanjian dengan syarikat konsesi air telah menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membayar pampasan sebanyak RM315 juta.
“Bagilah peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan semua agenda yang telah dirancang dan ini sedang berlaku.
“Tetapi ada pemimpin di luar sana berkata, ‘wah kalau saya jadi kerajaan, saya boleh selesaikan masalah air dalam setahun’. Ada yang kata, ‘kalau kita jadi kerajaan, 100 hari kita boleh selesaikan masalah air’.
“Dulu semasa mereka menjadi kerajaan, apa mereka buat dengan masalah air?,” katanya ketika berucap pada Program Tamu Suara 360: Aspirasi Anak Muda di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.
Hajiji turut menyelar ahli politik tertentu yang, menurutnya, hanya pandai bercakap tanpa membawa penyelesaian sebenar kepada rakyat.
“Kita tidak bercakap politik semata-mata. Setiap hari cakap politik kosong… cakap macam dia hebat. Dia lah lantik (sokong) Perdana Menteri. Ada saya nampak videonya, lantik Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dua kali (sebagai Perdana Menteri).
“Cakap membawa keluar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. Saya cakap macam ‘hilang pedoman’.
“Cakap betul kepada rakyat, jangan ‘jual ubat’,” tambah Hajiji lagi.
Dalam masa sama, Hajiji menegaskan Kerajaan Negeri kini sedang giat melaksanakan penyelesaian jangka panjang.
Ia termasuk katanya, kerjasama dengan Sabah Energy Corporation dan syarikat tempatan bagi membina projek hidroelektrik yang akan membekalkan air dan elektrik kepada rakyat Sabah untuk 80 tahun akan datang.
Hajiji sebelum ini dilapor berkata, enam infrastruktur air dijangka siap tahun depan antaranya melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon II Papar; Empangan Cinta Mata Tawau; dan Sistem Bekalan Air Luar Bandar Pitas.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Shafie Apdal memberi jaminan Parti Warisan (Warisan) akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Sabah dalam tempoh setahun, sekiranya diberi mandat untuk mentadbir semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Hajiji Noor menyindir janji sesetengah pihak yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah air Sabah dalam masa setahun, sedangkan isu itu adalah warisan kerajaan terdahulu.
- Kerajaan Negeri terpaksa membayar pampasan RM315 juta akibat pembatalan perjanjian konsesi air oleh pentadbiran sebelum ini, dan kini sedang melaksanakan penyelesaian jangka panjang termasuk projek hidroelektrik.
- Hajiji menegaskan perlunya masa dan sokongan rakyat untuk melaksanakan agenda penyelesaian sebenar, sambil menyelar ahli politik yang hanya pandai berjanji tanpa tindakan konkrit.