POLITIK
PRN Sabah: Joniston sedia pertahan kerusi DUN Kiulu, teruskan agenda pembangunan menyeluruh
Dalam tempoh sedekad lalu, Joniston menjelaskan sektor pelancongan di DUN Kiulu berkembang pesat dan memberi impak besar kepada masyarakat setempat. - Foto Facebook Joniston Bangkuai
KOTA KINABALU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kawasan berkenaan sekiranya terus mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat di kawasan itu.
Menurut beliau, perjuangan membangunkan kawasan luar bandar seperti Kiulu perlu dipergiatkan, dan mahu memastikan segala perancangan yang telah dimulakan dapat dilaksanakan sehingga mencapai matlamatnya.
"Jika diberikan kepercayaan dan jika itu juga kehendak rakyat di Kiulu, sudah tentu saya sentiasa bersedia.
"Bagi saya, apa yang kita mulakan perlu diteruskan sehingga usaha tersebut benar-benar membuahkan hasil.
"Jika diberikan amanah, sudah tentulah saya ambil itu sebagai amanah dan satu kesempatan untuk meneruskan agenda pembangunan perancangan yang telah kita tetapkan di kawasan Kiulu," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI, baru-baru ini.
Pelan Pembangunan: Infrastruktur, Pelancongan dan Ekonomi
Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu menambah, antara agenda pembangunan di DUN Kiulu yang akan diberikan tumpuan ialah kemudahan infrastruktur, pengukuhan sektor pelancongan luar bandar, dan pemerkasaan ekonomi berasaskan pertanian.
Katanya, Kiulu kini dikenali sebagai projek perintis pelancongan luar bandar yang memberi penekanan kepada penglibatan komuniti tempatan.
Dalam tempoh sedekad lalu, Joniston menjelaskan sektor pelancongan di kawasan itu berkembang pesat dan memberi impak besar kepada masyarakat setempat.
"Dahulu hanya terdapat tiga atau empat kawasan pelancongan di Kiulu. Kini, lebih 80 pengusaha pelancongan tempatan beroperasi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 400 orang penduduk.
"Ini menunjukkan bahawa usaha kita dalam memajukan pelancongan luar bandar telah membuahkan hasil dan mendapat pengiktirafan bukan sahaja di peringkat nasional, malah juga antarabangsa," katanya.
Selain pelancongan, Joniston menegaskan bahawa pertanian kini menjadi fokus utama pembangunan Kiulu kerana kawasan itu mempunyai tanah yang subur dan berpotensi besar untuk dimajukan.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan tahun lalu untuk membina dan membaiki jalan-jalan pertanian.
Dengan adanya kemudahan tersebut, penduduk dapat mengusahakan tanah mereka dengan lebih produktif bagi tujuan pertanian, sekali gus meningkatkan ekonomi keluarga, ujarnya.
Katanya lagi, inisiatif tersebut mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan dan akan terus diperhebatkan pada tahun-tahun akan datang bagi memastikan hasilnya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Dalam aspek pentadbiran pula, Joniston memaklumkan Kiulu kini telah diiktiraf sebagai daerah kecil, dan tidak lama lagi akan mempunyai urus setia serta pegawai daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk menyelaras pentadbiran serta pembangunan tempatan.
Selain itu, beberapa projek fizikal turut dirancang, termasuk pembesaran pekan Kiulu, penyediaan rumah mampu milik, kompleks mini sukan, dan pelbagai kemudahan awam lain bagi memenuhi keperluan rakyat.
"Beberapa projek telah pun dilaksanakan, namun perlu diperhebatkan lagi. Dalam tempoh lima tahun akan datang, saya yakin semua ini dapat direalisasikan," katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 (PRN16), Joniston memenangi kerusi DUN Kiulu dengan majoriti 1,221 undi atas tiket PBS, menewaskan lima lagi pencabarnya termasuk Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN17 pada 29 November depan, Manakala hari penamaan pada 15 November.