SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
POLITIK

"PRN Sabah kali ini pilihan raya terakhir saya" - Hajiji

Astro Awani 21/08/2025 | 05:25 MYT
Hajiji ketika hadir merasmikan Dewan DSP Haji Hajiji serta majlis persaraan guru besar, di Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung, Tuaran, hari ini.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bahawa Pilhan Raya Negeri-17 (PRN17) kali ini akan menjadi penyertaan terakhirnya dalam politik.


Ringkasan AI
  • Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan PRN17 Sabah sebagai penyertaan terakhirnya dalam politik selepas lebih 35 tahun berkhidmat.
  • Beliau menyatakan keputusan itu bagi memberi ruang kepada kepimpinan baharu dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada pengundi di kawasannya, Sulaman.
  • Pengumuman dibuat semasa merasmikan Dewan DSP Haji Hajiji dan majlis persaraan guru besar di SK Bundung, Tuaran.


Selepas lebih 35 tahun bergiat dalam arena politik, Hajiji berkata beliau tidak pernah menyangka akan diberikan mandat sebagai pemimpin nombor satu negeri ini.

Katanya, beliau sudah menyampaikan perkara itu kepada pengundi di kawasannya.

“Saya beritahu orang-orang saya di Sulaman, ini terakhir saya ikut pilihan raya ini,” jelasnya.

Beliau menegaskan, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan memberi ruang kepada pelapis baharu dalam politik negeri.

Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membuat pengumuman itu ketika berucap sewaktu merasmikan Dewan DSP Haji Hajiji serta majlis persaraan guru besar, di Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung, Tuaran, hari ini.





#PRN Sabah #Hajiji Noor #pilihan raya terakhir #Politik Sabah