POLITIK
PRN Sabah: KDM tolak sertai 'Gerakan Bersatu Sabah', kekal bergerak solo
Menurut Wetrom, laporan mendakwa Jeffrey telah berjumpa dengan beliau mengenai kemungkinan parti itu menyertai 'Gerakan Bersatu Sabah' (GBS) adalah tidak benar, malah tidak pernah dibincangkan. - Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU: Timbalan Presiden parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Wetrom Bahanda menafikan pernah berunding dengan mana-mana pihak berhubung pembentukan gabungan politik baharu di Sabah, termasuk dengan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan.
Katanya, laporan yang mendakwa Jeffrey telah berjumpa dengan beliau mengenai kemungkinan parti itu menyertai 'Gerakan Bersatu Sabah' (GBS) adalah tidak benar, malah tidak pernah dibincangkan.
"Tidak benar (KDM akan sertai pembentukan GBS), saya tidak pernah berbincang dengan mana-mana pihak berhubung perkara ini termasuk dengan Jeffrey.
"KDM kekal dengan pendirian sebelum ini iaitu akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, keputusan ini adalah seiring dengan kehendak akar umbi yang mahukan KDM bertanding solo.
"Mana mungkin kami membelakangi kehendak akar umbi. Sekali lagi saya tegaskan, KDM sebagai sebuah parti tempatan akan bergerak solo pada PRN nanti," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan, satu blok politik baharu sedang dirancang di bawah nama cadangan GBS melibatkan bekas parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dan STAR.
Menurut laporan itu, Jeffrey dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin parti tempatan yang berminat untuk menyertai blok baharu tersebut, dengan perancangan untuk merasmikan GBS beberapa hari sebelum hari penamaan calon pada 15 November.
Salah satu pihak utama yang dikatakan sedang didekati Jeffrey ialah Parti KDM dan beliau turut mendakwa telah berbincang dengan Wetrom mengenai kemungkinan menyertai GBS.
Namun, perkara itu masih belum dimuktamadkan memandangkan KDM sebelum ini telah mengumumkan akan bertanding di 38 kerusi.
PRN Sabah ke-17 ditetapkan pada 29 November depan.