Perdana Menteri telah membentangkan RMK13 hari ini. Dapatkan intipati utama di sini
POLITIK

PRN Sabah: Kerjasama GRS-PH bukan dibuat satu pihak - Hajiji

Astro Awani 30/07/2025 | 09:22 MYT
Hajiji berkata, perbincangan tersebut melibatkan semua presiden parti-parti komponen. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Noor menjelaskan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibawa berbincang dalam memutuskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Ringkasan AI
  • Hajiji menegaskan bahawa semua presiden parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah dibawa berbincang dalam memutuskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
  • Beliau menolak dakwaan keputusan dibuat sebelah pihak dan menyatakan mesyuarat Majlis Tertinggi GRS akan diadakan, namun tarikh belum ditetapkan; turut menggesa agar tidak mudah percaya kepada spekulasi politik.
  • Dalam rundingan Malaysia-Indonesia di Jakarta, Hajiji menyatakan isu Ambalat akan dibincangkan mengikut undang-undang antarabangsa sebagai sebahagian daripada perbincangan dua hala.


Tegas Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah itu, perbincangan tersebut melibatkan semua presiden parti-parti komponen.

"Saya telah berbincang dengan semua presiden parti komponen GRS," katanya.

Beliau mengulas ketika ditanya sama ada kenyataan kerjasama PRN Sabah antara GRS dan PH dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan parti komponen gabungan itu.

Terdahulu, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee memberitahu, GRS tidak berbincang untuk memutuskan sebarang keputusan kerjasama pada PRN nanti.

Selain itu, Hajiji menambah, terlalu ramai 'pemimpin berpolitik' dan menggesa tidak percaya apa yang berlegar.

"Mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi GRS, ia akan diadakan nanti, saya tidak boleh sahkan tarikh dan harinya lagi," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Hajiji yang baru sahaja pulang dari Jakarta menyertai delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Rundingan Tahunan Ke-13 berkata, beberapa perkara berkaitan Malaysia dan Indonesia dibangkitkan dalam rundingan itu.

Katanya, rundingan mengenai isu Ambalat akan dilakukan kedua-dua negara mengikut undang-undang antarabangsa.


#PRN Sabah #Hajiji Noor #kerjasama politik #Pakatan Harapan