PRN Sabah: Ketua parti GRS menghadap TYT Sabah hari ini - Annuar Musa

Fauzi Suhaimi
September 27, 2020 04:38 MYT
Annuar Musa mengesahkan ketua parti GRS dan Bebas akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada Ahad bagi membincangkan pelantikan Ketua Menteri baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua ketua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Bebas akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.
Menurut beliau, pertemuan itu akan diadakan susulan selepas kesemua 41 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS dan Bebas berjumpa buat kali pertama di sini selepas berjaya menewaskan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Negeri ke-16 pada Sabtu.
Selain Annuar, pertemuan dengan Juhar juga akan disertai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hajijii Mohd Noor.
Tidak ketinggalan Presiden Parti Solidariti Sabah (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Maximux Ongkili.

Semua 41 ADUN GRS plus bertemu mesra buat pertama kali hari ini.Ketua Ketua Parti UMNO BERSATU &PBS akan mengadap TYT hari ini juga,Insyaallah

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam PRN Sabah pada Sabtu, GRS menang majoriti mudah selepas berjaya memperoleh 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menewaskan Warisan Plus.
BACA: LAPOR LANGSUNG: GRS menang majoriti 38 kerusi
BACA: LAPOR LANGSUNG: Sehari selepas PRN Sabah - Apa seterusnya?
BACA: LAPORAN KOMPREHENSIF PRN SABAH, KLIK DI SINI
#siapa Ketua Menteri Sabah #GRS #Gabungan Rakyat Sabah #PRN Sabah #TYT Sabah #Tun Juhar Mahiruddin #Hajiji Mohd Noor #Bung Moktar #Jeffrey Kitingan #Maximux Ongkili #Astro Awani #Awani #Politik Sabah #Sabah Memilih #Pilihan Raya Negeri Sabah