POLITIK
PRN Sabah: Pandikar Amin intai kerusi DUN Pintasan, Fairuz sedia pertahan
Fairuz berkata, DUN Pintasan mempunyai makna besar kepada golongan belia dan disifatkannya sebagai ‘obor anak muda’ di negeri itu. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA KINABALU: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan menegaskan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, selagi belum ada keputusan rasmi daripada pimpinan tertinggi parti.
Ringkasan AI
Beliau berkata, DUN Pintasan mempunyai makna besar kepada golongan belia dan disifatkannya sebagai ‘obor anak muda’ di negeri itu.
Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) itu menambah, DUN Pintasan juga merupakan satu-satunya kerusi yang menjadi lambang perjuangan anak muda di Sabah dan ia perlu terus dipertahankan.
"Selagi belum ada keputusan rasmi daripada Presiden, saya akan mempertahankan kerusi Pintasan. Walaupun khidmat kita telah ditamatkan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), saya tidak pernah berhenti membantu rakyat di kawasan ini.
"Bagi saya, jika kita tidak tercalon di DUN Pintasan, kehilangan itu bukan hanya untuk rakyat dan belia di kawasan ini, tetapi juga kepada 74 bahagian anak muda serta 73 DUN lain di negeri ini.
"DUN Pintasan adalah obor perjuangan anak muda, dan tidak mungkin obor itu dipadam begitu sahaja," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu bertanding di DUN Pintasan pada PRN17.
Media melaporkan, Pandikar menjelaskan berdasarkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden GRS, dan peneraju kepada salah satu parti komponen gabungan itu, beliau yakin pucuk pimpinan akan mengambil kira peranannya dalam menentukan calon di DUN Pintasan.
Untuk rekod, Gagasan Rakyat juga merupakan salah satu parti komponen di bawah GRS.
Diminta mengulas kemungkinan sekiranya tidak dicalonkan semula di DUN Pintasan tetapi ditawarkan kerusi lain, Fairuz berkata beliau menghormati apa jua keputusan pimpinan tertinggi parti, namun keutamaannya kekal kepada kawasan yang telah diwakilinya sejak penggal lalu.
"Tetapi bagi saya bukan kerusi lain yang saya cari. Tetapi saya mahu menyelesaikan beberapa lagi isu di kawasan berkenaan.
"Saya tidak hanya memikirkan soal politik sahaja tanpa memikirkan perjuangan saya untuk rakyat di DUN Pintasan. Saya terima banyak cadangan yang mahu diberikan untuk saya tidak bertanding," jelasnya lagi.
Fairuz turut berpesan agar kempen politik masa kini dijalankan secara matang dan berfokus kepada agenda pembangunan rakyat, bukannya menyerang peribadi pihak lawan.
Beliau juga menggambarkan keakrabannya dengan kawasan DUN Pintasan, yang disifatkannya sebagai sangat dekat di hati kerana merupakan kerusi pertama yang dimenanginya pada PRN16.
"Lima tahun saya bekerja tanpa henti di sini.
"Pada awalnya, banyak perkara lain yang ingin dilakukan selain pembangunan fizikal, tetapi setelah saya menyelami isi hati rakyat di kawasan ini, saya sedar masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki," katanya.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan pelbagai perancangan pembangunan telah dan sedang dilaksanakan di kawasan DUN Pintasan sepanjang tempoh berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Menurutnya, antara pencapaian utama ialah usaha menaik taraf dan membina semula kemudahan keagamaan yang telah lama uzur di kawasan berkenaan.
"Hampir 80 peratus masjid dan surau di DUN Pintasan telah dinaik taraf atau dibina semula. Ketika saya mula menjadi wakil rakyat, kebanyakan masjid dan surau di sini dibina sekitar tahun 1970-an dan 1980-an. Kini, sebahagian besarnya telah diperbaharui," katanya.
Selain itu, ujarnya, pihaknya juga membantu rumah ibadat lain termasuk gereja untuk turut dinaik taraf bagi memastikan kesejahteraan semua komuniti di kawasan berkenaan.
Pada PRN16, DUN Pintasan dimenangi oleh Fairuz yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), dengan majoriti 84 undi.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Fairuz Renddan menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan kerusi DUN Pintasan pada PRN17, selagi belum ada keputusan rasmi daripada pimpinan tertinggi parti, sambil menegaskan bahawa kawasan itu merupakan simbol perjuangan anak muda di Sabah.
- Beliau menghormati sebarang keputusan parti sekiranya ditawarkan kerusi lain, namun keutamaannya kekal kepada DUN Pintasan kerana masih banyak isu pembangunan dan kebajikan rakyat yang ingin diselesaikan, termasuk menaik taraf rumah ibadat pelbagai agama.
- Fairuz menyeru agar kempen politik dijalankan secara matang dan berfokus kepada pembangunan rakyat, serta menekankan keakraban beliau dengan kawasan Pintasan yang telah diwakilinya sejak PRN16 dengan pelbagai pencapaian sepanjang lima tahun berkhidmat.