POLITIK
PRN Sabah: Pastikan GRS menang, peluang letakkan kuasa tempatan terajui politik Sabah
Hajiji menegaskan kegagalan membentuk kerajaan akan merugikan rakyat dan negeri. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA KINABALU: Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 memberi suara yang lebih besar dalam usaha dan ikhtiar membangunkan negeri sekali gus mempunyai kedudukan teguh untuk menuntut dan mempertahankan hak Sabah.
Ringkasan AI
Sebaliknya, tegas Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, jika gagal membentuk kerajaan, maka semua pihak telah mensia-siakan peluang keemasan untuk meletakkan kuasa politik tempatan sebagai teraju utama politik Sabah.
"Tidak mustahil, segala dasar serta perancangan yang sedang berjalan dengan begitu baik pada ketika ini akan berubah dan dibatalkan sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Yang menjadi mangsa adalah rakyat serta merugikan negeri.
"Kerajaan GRS telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk memenuhi mandat rakyat dalam pilihan raya negeri yang lalu. Kita tidak menjanjikan bulan dan bintang – tetapi kita menunaikan janji yang kita mampu lakukan, demi rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian Ketika Ucapan Dasar Persidangan Agung Tahunan 2025 Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu pada Ahad.
Tambahnya, Pilihan Raya Negeri Sabah akan menjadi medan paling kritikal buat GRS.
Beliau berkata, ini kerana PRN kali ini adalah peluang terbaik untuk gabungan itu memperoleh mandat rakyat, membentuk ssebuah kerajaan negeri kuat dan stabil.
Katanya, pelan pembangunan yang dirancang bukan sekadar slogan, tetapi ia telah menampakkan hasil nyata dengan pertumbuhan ekonomi yang positif.
"Inilah peluang keemasan yang tidak harus diketepikan. Jangan kita perjudikan masa depan dengan menganggap pilihan raya ini pilihan raya biasa-biasa.
"Ini bukan seperti main katam-katam atau tikam empat nombor ekor. Ini adalah hakikat dan kebenaran," katanya.
Lebih 3,000 perawakilan daripada 74 bahagian hadir pada Persidangan Agung Tahunan 2025 Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu.
Ringkasan AI
- Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam PRN Ke-17 dianggap sebagai peluang keemasan untuk memperkukuh suara politik tempatan, mempertahankan hak Sabah dan meneruskan dasar pembangunan yang sedang berjalan.
- Hajiji menegaskan kegagalan membentuk kerajaan akan merugikan rakyat dan negeri, serta berpotensi membatalkan dasar sedia ada yang telah menunjukkan hasil positif dalam pertumbuhan ekonomi.
- PRN kali ini dilihat sebagai medan paling kritikal bagi GRS untuk memperoleh mandat rakyat dan membentuk kerajaan negeri yang stabil, dengan lebih 3,000 perwakilan hadir pada Persidangan Agung Tahunan 2025 Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu.