POLITIK
PRN Sabah: 'Pastikan kepentingan negeri dan negara dijaga' - Hajiji
Hajiji (tiga, kiri) mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu hari ini. - fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan perlu terus diperkukuh demi masa depan negeri yang lebih baik.
Sambil mengulangi perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hubungan erat antara negeri dan Persekutuan adalah amat penting untuk kemajuan Sabah.
Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dikembalikan kepada negeri ini.
"Untuk makluman, sekarang Kerajaan Negeri GRS-PH mempunyai hubungan baik yang mana tuntutan kita dalam MA63 semasa Datuk Seri Anwar inilah kita mendapat sembilan penurunan kuasa kepada Sabah.
"Jadi ini menunjukkan hubungan baik itu perlu diteruskan. Kita kena tahu hubungan negeri Persekutuan amat penting sekali untuk masa depan dan kemajuan sabah.
"Kenapa kita harus gaduh dengan Kerajaan Persekutuan... (Dalam) kita mementingkan untuk menuntut dan mempertahankan hak kita, kita juga harus menjaga kepengtingan negara kita. Itu kepercayaan saya jangan kita jaga kepentingan negeri kita robohkan kepentingan negara. itu tidak betul," tambah beliau.
Terdahulu, Hajiji mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 berkuat kuasa hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) serta anggota Kabinet Negeri.
Presiden parti komponen GRS turut hadir ialah Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fa dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman.
Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), serta pemimpin PH Sabah lain antaranya Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe.