awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: PBS sahkan tanding 15 kerusi

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
10/09/2020
13:44 MYT
PRN Sabah: PBS sahkan tanding 15 kerusi
Maximus berkata, kesemua kerusi itu menggandingkan muka lama dan baharu. -Gambar fail
Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesahkan bertanding di 15 kerusi dengan menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan ini.
Dalam kenyataan media, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kesemua kerusi itu menggandingkan muka lama dan baharu.
"Pada hari ini, PBS telah mengenal pasti 15 kerusi dipertandingi dengan menggunakan bendera dan logo sendiri.
"Sebelumnya, kita telah meminta 25 kerusi kerana kami percaya ia boleh dimenangi untuk Perikatan Nasional (PN), tetapi bagi menghormati komponen lain, kami memutuskan untuk menang dan merampas kembali kerajaan negeri Sabah demi rakyat serta pembangunan negeri, "katanya.
Jelas beliau, kerusi yang dipertandingkan itu merupakan kerusi PN dan pihaknya terutama di peringkat akar umbi percaya dengan menggunakan lambang PBS, parti itu dilihat mempunyai kekuatan sendiri.
15 kerusi terbabit adalah seperti berikut:
1) DUN Bengkoka: Samuil Mopun (muka baharu) 2) DUN Matunggong: Julita Majungki (penyandang) 3) DUN Tandek: Hendrus Anding (muka baharu) 4) DUN Kadamaian: Demis Rumanti (muka baharu) 5) DUN Tamparuli: Datuk Jahid Jahim (penyandang) 6) DUN Kiulu: Datuk Joniston Bangkuai (penyandang) 7) DUN Inanam: Datuk William Majimbon (muka baharu) 8) DUN Api-Api: Datuk Yee Moh Chai 9) DUN Tanjung Aru: Datuk Yong Oui Fah 10) DUN Kapayan: Dr Edwin Bosi (muka baharu) 11) DUN Limbahau: Datuk Johnny Mositun (muka baharu) 12) DUN Kundasang: Datuk Dr Joachim Gunsalam (penyandang) 13) DUN Melalap: Datuk Seri Radin Malleh 14) DUN Telupid: Johnnybone J Kurum (muka baharu) 15) DUN Karamunting: Kong Nyuk Thou (muka baharu)
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Maximus Ongkili
#PBS
#pilihan raya
#presiden
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan