POLITIK
PRN Sabah: PBS tawar ketuai jentera lima penyandang STAR yang sokong GRS
Joachim (tengah) bersama pemimpin-pemimpin PBS menunjukkan solidariti mereka semasa mesyuarat. - Foto PBS
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyatakan sokongan penuh dan menawarkan diri untuk mengetuai jentera pilihan raya bagi lima penyandang kerusi daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), yang memilih untuk kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ringkasan AI
Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Biro Politik PBS yang dipengerusikan oleh Pemangku Presiden, Datuk Seri Joachim Gunsalam hari ini.
Beliau berkata, Joachim telah mengarahkan bahagian PBS di lima kawasan tersebut – Sook, Bingkor, Paginatan, Liawan, dan Tulid untuk memulakan perbincangan dengan penyandang masing-masing.
"Kawasan-kawasan ini adalah antara kawasan di mana PBS mempunyai kehadiran akar umbi yang kuat dan aktif.
"Parti percaya bahawa dengan menggabungkan sumber dan bekerjasama di peringkat akar umbi, GRS dapat mengekalkan momentumnya serta memastikan keyakinan pengundi dalam pilihan raya negeri yang akan datang," kata Joniston dalam satu kenyataan pada Khamis.
Lima penyandang terlibat ialah Datuk Ellron Angin, Datuk Robert Tawik, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Annuar Ayub, dan Datuk Flovia Ng.
Joniston menambah PBS telah lama menjalin kerjasama yang baik dengan mereka di peringkat akar umbi, dan akan meneruskan dalam semangat sebenar perpaduan GRS.
Beliau turut menyatakan sokongan PBS didorong oleh kefahaman bahawa kerjasama dan kepercayaan antara parti komponen GRS adalah penting untuk mengekalkan kestabilan politik dan menyampaikan pembangunan kepada rakyat.
“Keputusan ini dibuat atas rasa tanggungjawab bersama untuk memelihara kepercayaan dan keyakinan yang telah diberikan oleh rakyat kepada GRS, serta meneruskan apa yang telah kita mulakan bersama di bawah GRS demi kebaikan masyarakat kita,” katanya.
Untuk rekod, kelima-lima ahli STAR itu telah menyatakan sokongan kepada GRS, dan kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor walaupun STAR mengambil pendirian untuk bertanding atas logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17).
Tindakan STAR itu menyaksikan parti itu tidak lagi menjadi salah satu komponen dalam GRS.
Setakat ini, STAR belum menyatakan sebarang tindakan terhadap kelima-lima penyandang kerusi terbabit, yang kekal menyokong GRS walaupun diberikan tempoh seminggu untuk menukar pendirian mereka.
Ringkasan AI
- PBS sokong penuh lima penyandang kerusi STAR yang kekal bersama GRS dan menawarkan diri mengetuai jentera pilihan raya di kawasan Sook, Bingkor, Paginatan, Liawan dan Tulid.
- PBS yakin gabungan sumber dan kerjasama akar umbi akan mengekalkan momentum GRS serta keyakinan pengundi menjelang PRN-17 Sabah.
- Kelima-lima penyandang STAR kekal sokong GRS walaupun parti mereka bertanding atas logo sendiri, sementara STAR belum putuskan tindakan terhadap mereka.