POLITIK
PRN Sabah: Pejuang intai 4 kerusi, termasuk di Pantai Manis dan Kawang
Mukhriz (tengah) berkata antara kerusi yang sedang diintai ketika ini ialah DUN Pantai Manis dan Kawang di kawasan Parlimen Papar, serta Tamparuli di Parlimen Tuaran - Foto Sinar Harian
PAPAR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyasarkan untuk bertanding tidak lebih daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
Ringkasan AI
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata antara kerusi yang sedang diintai ketika ini ialah DUN Pantai Manis dan Kawang di kawasan Parlimen Papar, serta Tamparuli di Parlimen Tuaran.
Bagaimanapun, ujarnya keputusan tersebut bergantung kepada hasil perbincangan dengan Perikatan Nasional (PN).
"Saya akui bahawa di Papar ini, kedua-duanya iaitu Pantai Manis dan Kawang antara dua DUN yang kita memasang minat. Tetapi seperti mana saya katakan tadi, belum memuktamadkan lagi.
"Untuk maklumkan Ketua Ketua Negeri Pejuang di Sabah, Nicholas Sylvester, memang anak jati Papar. Keluarganya juga di sini dan beliau tokoh yang dikenali ramai. Saya fikir beliau sesuai sekiranya kita boleh menawarkan calon di PRN Sabah ini, insya-Allah. Satu dua tempat itu belum diputuskan lagi.
"Sabah ini luas, 73 kerusi itu banyak, tetapi antara yang kami lihat, selain Papar ialah Tamparuli," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Ramah Masyarakat DUN Pantai Manis, di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, proses perbincangan dengan PN kini berada di peringkat akhir dan dijangka mencapai kata sepakat dalam masa terdekat.
Mengenai kerjasama dengan parti tempatan, Mukhriz berkata Pejuang menyerahkan kepada keputusan PN sebagai rakan gabungan utama.
"Saya kira PN tentunya akan mewujudkan satu bentuk kerjasama dengan parti-parti tempatan di Sabah, jadi kami akan ikut sahaja apa keputusan yang dibuat oleh PN," katanya.
Mukhriz menambah kehadiran pembangkang yang lantang di DUN juga penting bagi memastikan wujudnya semak dan imbang terhadap kerajaan negeri, khususnya dalam aspek pengurusan serta pelaksanaan projek pembangunan.
"Salah satu prinsip utama kami ialah memerangi rasuah...
"Ini sangat penting kerana laporan audit tahunan, sama ada di peringkat Negeri Sabah mahupun Persekutuan, amat mengejutkan dan menyedihkan kerana Puluhan bilion ringgit yang sepatutnya memberi manfaat kepada rakyat telah hilang," katanya lagi.
Memetik media tempatan, PN dilapor menyasarkan untuk bertanding di 36 daripada 73 kerusi pada PRN17.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jumlah tersebut menunjukkan hasrat gabungan itu untuk mentadbir negeri berkenaan.
Ringkasan AI
- Pejuang bercadang bertanding maksimum empat kerusi DUN pada PRN Sabah ke-17, termasuk Pantai Manis, Kawang dan Tamparuli.
- Keputusan akhir bergantung kepada rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) yang kini di peringkat akhir, dan Pejuang akan ikut keputusan PN termasuk kerjasama dengan parti tempatan.
- Pejuang tekankan peranan pembangkang dalam semak imbang dan memerangi rasuah, khususnya dalam pengurusan projek pembangunan negeri.