[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
POLITIK

PRN Sabah: Pembangunan sosial perlu model inklusif, bukan eksklusif - Penganalisis

Faida Rahim 15/11/2025 | 07:30 MYT
Pembangunan sosial di Sabah perlu berlandaskan model inklusif dan tidak bersifat eksklusif, dengan mengambil kira keperluan berbeza setiap daerah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini dilihat sebagai wadah penting untuk memperjuangkan pembangunan negeri dari peringkat akar umbi, dengan pendekatan yang lebih inklusif.


Ringkasan AI
  • Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini dilihat sebagai platform penting untuk memperjuangkan pembangunan negeri dengan pendekatan inklusif dari peringkat akar umbi.
  • Analisis politik menekankan keperluan pembangunan sosial Sabah yang inklusif berdasarkan kepelbagaian setiap daerah, seperti Zon Pantai Timur yang memerlukan program pembangunan yang berbeza mengikut demografi.
  • Data SPR menunjukkan terdapat 534,000 pengundi muda antara 18 hingga 29 tahun di Sabah, menuntut pembangunan kapasiti belia dalam bidang pendidikan dan teknologi AI bagi menyokong keusahawanan dan ekonomi gig.


Penganalisis politik, Noviathin Syarifuddin menegaskan pembangunan sosial di Sabah perlu berlandaskan model inklusif dan tidak bersifat eksklusif, dengan mengambil kira keperluan berbeza setiap daerah.

“Apabila kita lihat wakil-wakil yang dipilih, mereka memperjuangkan nadi pembangunan Sabah daripada akar umbi. Namun, pembangunan sosial memerlukan satu model yang inklusif, bukan eksklusif.

“Jika sesuatu daerah seperti Zon Pantai Timur - Pulau Sebatik, Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Sandakan - memerlukan program pembangunan yang berbeza kerana demografinya berbeza,” katanya dalam program khas Sabah Memilih pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, Tawau misalnya mempunyai ramai warga emas, maka pembangunan di kawasan itu lebih tertumpu kepada kesejahteraan sosial.

Sebaliknya, daerah lain memerlukan penekanan kepada pembangunan belia, khususnya selepas pelaksanaan Undi 18.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Ogos 2025 menunjukkan terdapat 534,000 pengundi berusia antara 18 hingga 29 tahun di Sabah, sekali gus menuntut pembangunan kapasiti belia supaya mereka berdaya upaya, termasuk dalam bidang pendidikan dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Belia kini bukan sahaja terlibat dalam satu pekerjaan, malah aktif dalam sektor ekonomi gig dan keusahawanan. Justeru, infrastruktur yang diperlukan bukan sekadar jalan raya tetapi juga teknologi yang menyokong pembangunan masa depan Sabah,” katanya.
#senarai calon PRN Sabah #tarikh penamaan calon PRN #manifesto PRN Sabah #Noviathin Syarifuddin #Calon PRN Sabah 2025