POLITIK
PRN Sabah: Pengerusi Veteran UMNO Sabah sertai Warisan
Borang keahlian kemasukan Sairin diserahkan kepada Mohd Shafie dalam satu majlis yang berlangsung di ibu pejabat parti itu di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Pengerusi Veteran UMNO Sabah, Datuk Sairin Karno hari ini mengumumkan penyertaan rasmi beliau ke dalam Parti Warisan (Warisan) bersama 30 ahli veteren parti Melayu itu.
Ringkasan AI
Borang keahlian kemasukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan itu diserahkan kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu majlis yang berlangsung di ibu pejabat parti itu, di sini hari ini.
Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna menyifatkan Sairin sebagai pemimpin berpengalaman yang boleh memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi.
"Hari ini Alhamdulillah saya juga gembira melihat rakan-rakan lama saya dalam perjuangan landasan politik dan juga anak-anak muda kita dalam gelanggang politik, turut menyertai Parti Warisan.
"Mereka mungkin boleh jelaskan kenapa tergerak hati untuk melihat satu landasan dan memilih Parti Warisan.
"Jadi antaranya rakan lama saya dalam gelanggang politik iaitu Sairin. Sekarang ini dia menjawat jawatan sebagai Pengerusi Veteran UMNO Sabah dan Wilayah Persekutuan.
"Dia bersama dengan anggotanya seramai lebih kurang 30 orang ahli Veteran UMNO hadir pada hari ini," katanya dalam sidang tersebut.
Sementara itu, Sairin dalam sidang media sama menjelaskan keputusan itu dibuat selepas menilai perjuangan serta hala tuju Warisan yang dilihat konsisten dalam membela rakyat dan berpotensi membawa perubahan positif kepada negeri Sabah.
"Bila saya dilantik sebagai Pengerusi Veteran UMNO, saya dapat melihat bahawa di bawah ini mereka lebih tertarik dengan pemimpin seperti Datuk Seri Shafie. Beliau lebih 30 tahun berkhidmat sebagai orang yang diberikan kepercayaan dalam kepimpinan di Kuala Lumpur.
"Tidak ada rakyat Sabah yang ada pengalaman sebegitu sebagai seorang menteri. Saya melihat usaha pemimpin-pemimpin di Sabah ini terutama Warisan, kita mahu Sabah mesti dipimpin oleh seorang pemimpin seperti beliau," katanya.
Untuk rekod, Sairin memulakan perjuangan politik bersama Parti USNO di bawah pimpinan Allahyarham Tun Datu Mustapha Harun sebelum menyertai UMNO selepas parti itu dibubarkan.
Sairin dilantik sebagai wakil rakyat selepas memenangi kerusi DUN N.34 Liawan pada Pilihan Raya Umum 2004, dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum 2008.
Selain Sairin, turut menyertai Warisan ialah Ketua Armada Bersatu Ranau, Mohd Haris George bersama 50 ahli Armada serta bekas Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Karanaan dan PBS Pusat, Danis Biuk.
Ringkasan AI
- Datuk Sairin Karno sertai Parti Warisan secara rasmi hari ini dengan menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di ibu pejabat parti.
- Shafie menyifatkan Sairin sebagai pemimpin berpengalaman yang mampu memperkukuh gerak kerja parti di akar umbi; beliau hadir bersama kira-kira 30 ahli Veteran UMNO.
- Sairin jelaskan keputusan dibuat selepas menilai hala tuju Warisan yang dilihat konsisten membela rakyat Sabah dan berpotensi membawa perubahan positif; beliau pernah menjadi ADUN Liawan pada PRU 2004 dan 2008.