POLITIK
PRN Sabah: Perikatan Nasional hampir muktamad kerjasama strategik - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, rundingan bersama pihak berkepentingan hampir selesai, namun butiran lanjut akan diumumkan pada masa yang sesuai. - Gambar fail Astro AWANI
SANDAKAN: Perikatan Nasional (PN) kini dalam proses memuktamadkan beberapa bentuk kerjasama strategik dengan parti-parti sehaluan bagi memperkukuh peluang membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan bersama pihak berkepentingan hampir selesai, namun butiran lanjut akan diumumkan pada masa yang sesuai.
“Kita cuba cari rakan-rakan yang seperjuangan dan sehaluan dengan kita. Hampir selesai, tetapi kita tidak akan umumkan buat masa ini.
"Ada kerjasama strategik yang kami percaya penting untuk memastikan majoriti bagi membentuk kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan jentera pilihan raya PN Sabah di Dewan Hakka, Sandakan malam tadi, yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong dari seluruh negeri.
Muhyiddin turut memaklumkan bahawa pengumuman calon dan kerusi yang akan ditandingi PN dijadual berlangsung pada 11 November ini di Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan bekerjasama dengan bekas komponen PN, Sabah Progressive Party (SAPP) yang dipimpin Datuk Seri Yong Teck Lee. SAPP meninggalkan gabungan itu pada Disember tahun lalu dan kini bergerak secara solo dalam PRU DUN Sabah.
“Kita ada pengalaman yang tidak berapa baik. Kalau tanya Datuk Ronald atau Datuk Hamzah pun, mereka kata tak apalah. Tapi kita sudah bersedia sekarang ini tanpa mereka, dan saya fikir kekuatan yang ada sudah cukup,” katanya.
Muhyiddin turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan rakyat Sabah dan yakin PN mampu memenangi kerusi yang ditandingi.
Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya PN diberi mandat membentuk kerajaan negeri, pentadbiran akan dijalankan secara adil dan bersih, serta hak Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan akan dilaksanakan sepenuhnya.
“Kita akan pastikan pentadbiran kerajaan Sabah di bawah PN akan melaksanakan segala hak Sabah seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan,” katanya.
Dalam ucapannya, Muhyiddin turut menyentuh keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah, yang disifatkannya sebagai satu keputusan bersejarah dan perlu dihormati semua pihak.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini