POLITIK
PRN Sabah: PH bertanding 23 kerusi, mesti menang bergaya - Anwar
Anwar bersama 10 calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diumumkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) akan meletakkan calon di 23 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) yang dijadual diadakan pada 29 November depan.
Ringkasan AI
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap ketika Majlis Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR pada Ahad malam.
Jelas Perdana Menteri, PH memasuki gelanggang pilihan raya dengan tekad untuk menang dan membela nasib rakyat Sabah, sekali gus mengangkat kedudukan negeri itu.
"Kita akan dengar pelbagai pandangan tetapi misi kita ialah bicara berasaskan kenyataan. PH bertanding sekitar 23 kerusi. Kita bukan berebut atas nama PH untuk membentuk Kerajaan Sabah.
"Rakyat Sabah harus memilih... Walaupun kerjasama kita mantap Bersama GRS dan Barisan Nasional (BN) tetapi usaha kita memastikan ada perwakilan yang menjamin hubungan yang baik dengan Kerajaan Sabah dan Persekutuan," katanya dalam ucapan tersebut.
Beliau yang juga Presiden PKR menambah PH mesti menang bergaya supaya gabungan itu boleh menjadi benteng terkuat, demi kemajuan Malaysia dan Negeri Sabah.
"Siapa sahaja yang akan bekerjasama dengan kita, mesti tunduk kepada syarat dan tatakelola yang baik serta hentikan amalan rasuah, dan gunakan dana untuk membela nasib rakyat sepenuhnya.
"Saya yakin kalau kita punyai niat yang ikhlas, kerja dengan tekun dan elakkan permusuhan... Permusuhan ini banyak merosakkan banyak negara. Ia menimbulkan kebencian... Saya dan kawan-kawan diamanahkan untuk menjaga negara ini," tambah Perdana Menteri.
Dalam majlis sama, PKR telah mengumumkan bertanding di 10 kerusi, manakala DAP sebelum ini meletakkan calon di lapan kerusi DUN pada pilihan raya akan datang.
Parti Amanah Negara (Amanah) yang juga di bawah komponen PH akan bersaing di kerusi DUN Sulabayan, manakala satu lagi komponen PH iaitu Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) masih belum mengumumkan agihan kerusi mereka.
Kesemua parti komponen akan menggunakan logo PH pada PRN17, kecuali UPKO memutuskan untuk menggunakan logo sendiri.
Pada Sabtu lalu, Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Pakatan Harapan akan meletakkan calon di 23 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 November, termasuk PKR (10 kerusi), DAP (8), Amanah (1), manakala UPKO belum umum agihan kerusi.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PH bertanding dengan niat ikhlas untuk membela rakyat Sabah, menolak rasuah, dan memastikan hubungan baik antara Kerajaan Sabah dan Persekutuan.
- Semua parti komponen PH akan menggunakan logo PH dalam PRN17, kecuali UPKO yang memilih untuk kekal dengan logo sendiri. Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, turut umum letak jawatan sebagai Menteri.