POLITIK
PRN Sabah: PIS sahkan tanding 73 kerusi, 16 peratus calon muda dan wanita
Michel berkata semua watikah pelantikan telah diserahkan dan tiada lagi perubahan nama calon akan dibuat.
KOTA KINABALU: Parti Impian Sabah (PIS) menjadi parti pertama di Sabah yang menamatkan senarai penuh calon bagi semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk PRN ke-17.
Presidennya, Michel Alok, berkata semua watikah pelantikan telah diserahkan dan tiada lagi perubahan nama calon akan dibuat.
“Parti Impian Sabah adalah yang pertama mengumumkan 73 dengan watikah sekali, bermaksud tidak ada lagi perubahan. Inilah calon yang akan kita turunkan pada PRU ke-17 ini.
“Belia 40 tahun ke bawah lebih kurang lapan peratus. Wanita juga. Selebihnya adalah dewasa. Kalau dilihat, pengundi kita pun ramai orang muda,” katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Presiden dan penyampaian watikah calon di Penampang.
Menurut Michel, meskipun peratusan calon muda dan wanita masih rendah, pengalaman calon dewasa dilihat mampu membantu parti menarik sokongan pengundi.
“Saya rasa tidak ada masalah kerana hati mereka masih muda. Orang dewasa ini pun suka bergaul dengan golongan belia. Jadi walaupun dia dewasa, kalau hati dia muda, dia boleh bergaul dengan orang muda. Itu juga boleh menjadi penarik kepada pengundi muda.
“Saya yakin pengundi muda akan memberi peluang kepada kita kerana kita masih fresh, pemimpin baharu, jiwa baharu, dan pendekatan baharu. Kita lihat ada pemimpin yang sudah lama berkhidmat, mungkin enam penggal. Jadi saya yakin kali ini pengundi akan beri peluang kepada Parti Impian Sabah,” katanya.
Michel turut menyatakan keyakinan bahawa pengundi muda akan memberi ruang kepada PIS untuk menampilkan pembaharuan melalui barisan pemimpin baharu pada PRN kali ini.