PRN Sabah: PKR jangka umum calon pada 9 atau 10 Nov

Senarai calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dijangka diumumkan pada 9 atau 10 Nov ini, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud. - Gambar fail/BERNAMA
SANDAKAN: Senarai calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dijangka diumumkan pada 9 atau 10 Nov ini, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.
Ringkasan AI
- PKR Sabah dijangka mengumumkan senarai calon bagi PRN Sabah ke-17 pada 9 atau 10 Nov ini oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Rundingan kerusi dengan Barisan Nasional telah dimuktamadkan, manakala dengan Gabungan Rakyat Sabah hampir selesai.
- PKR akan bertanding di dua kerusi DUN di Sandakan Gum Gum dan Karamunting mewakili calon Bumiputera Islam dan kaum Tionghua.
Mengenai tumpuan di Parlimen Sandakan, Mustapha berkata PKR Sabah akan meletakkan calon bagi dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Gum Gum dan Karamunting
"Calon satu mewakili Bumiputera Islam Sabah dan satu lagi mewakili kaum Tionghua. Hari ini kita hadir (jelajah) untuk memberi penjelasan kepada semua perkara yang sedang dilaksanakan Kerajaan MADANI untuk Sabah.
"Kadang-kadang kita dipesongkan oleh prasangka-prasangka dan menerusi Jelajah Urang Sabah ini kita mewakili kerajaan MADANI, parti, Pakatan Harapan dan beri penerangan kepada akar umbi tentang sumbangan kerajaan," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan pada 15 Nov manakala pengundian awal pada 25 Nov.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini

 

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

