awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: PRU15 lebih awal jika rakyat beri mandat pada GRS - PM

Assim Hassan
Assim Hassan
18/09/2020
08:53 MYT
PRN Sabah: PRU15 lebih awal jika rakyat beri mandat pada GRS - PM
PRN Sabah merupakan isyarat kepada kerajaan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Astro AWANI
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah boleh memberi isyarat dan bayangan kepada kerajaan untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, sekiranya rakyat Sabah memberi mandat yang meyakinkan kepada Gabungan Rakyat Sabah, maka ia akan membolehkan mereka mengadakan PRU secepat mungkin.
"PRN Sabah ini adalah penentu masa depan di Sabah. Di peringkat nasional kita belum putuskan bila hendak mengadakan PRU. Kalau di Sabah kita sudah menang, kita cepat-cepat lah mengadakan PRU di peringkat pusat.
"Isyarat mesti diberikan oleh rakyat Sabah... mahu terus menyokong PN dan saya sebagai Perdana Menteri. Ini kerana kita mahu membawa Malaysia serta Sabah ke hadapan.
"Sehubungan itu, marilah sama-sama kita bekerja bersama-sama. Kita mulakan dahulu di (DUN) Pintasan ini... kita mulakan dahulu di Sabah. Bila Sabah bersama-sama saya mentadbir negara ini saya yakin negeri ini akan lebih maju," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud pada Jumaat.
BACA: PN bukan mahu jajah tetapi sama-sama majukan Sabah - Muhyiddin
BACA: Shafie Apdal seolah-olah takut dengan bayang-bayang saya' - Musa Aman
Hadir sama, calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Fairuz Renddan; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu; dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI: LAPORAN KOMPREHENSIF PRN SABAH 2020
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, rakyat Sabah perlu memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam PRN kali ini agar kerajaan negeri sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.
Kata beliau, keputusan ada di tangan rakyat Sabah untuk membuat pilihan tampuk pemerintahan baharu bagi membawa suara-suara dari Sabah.
"Jangan lagi pilih Parti Warisan Sabah (Warisan) kerana Pakatan Harapan (PH) sudah tiada, dan tidak lagi memerintah negara.
"Mustahil rakyat Sabah masih mahu pilih pembangkang dalam keadaan yang begitu kritikal ketika ini, dengan ekonomi merundum kerana COVID-19. Sebab itu situasi sukar ini kita perlu atasi dan sebab itu kita perlu kerajaan sehaluan," katanya.
Topic Berkaitan
#Berita Terkini
#COVID-19
#kerajaan
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Pilihan Raya Negeri Sabah
#Pilihan Raya Sabah ke-16
#PRN Sabah
#rakyat Sabah
#Sabah Memilih
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan